Petua Dan Amalan Yang Membantu Mempercepatkan Jodoh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Agak merunsingkan apabila umur semakin meningkat tetapi jodoh masih lagi tidak kunjung tiba. Nak-nak lagi apabila umur hampir 30 tahun, pasti lagi membimbangkan. Pasti ia akan mengganggu pemikiran, bila, di mana dan siapa jodoh itu. Sebenarnya, terdapat amalan dan petua yang membantu mempercepatkan jodoh, tetapi sering kali diabaikan. Mari ketahui amalan dan pertua untuk cepat dapat jodoh.



1. Jaga solat di awal waktu.

Kita sering kali memikirkan bila jodoh kita akan sampai bukan? Tetapi kita sering kali mengabaikan panggilan-Nya apabila tiba waktunya. Perbaiki dulu solat kita, cuba untuk solat di awal waktu agar jodoh kita juga tiba di waktu yang tepat.

2. Betulkan niat.

Pastikan niat untuk berumah tangga ini kena betul. Pasti anda bukan niat untuk nafsu, harta ataupun apa sahaja. Tetapi niatlah bahawa kita berkahwin adalah untuk mendapat redha Allah semata-mata kerana-Nya. Untuk dapat kasih sayang Allah, cinta Allah. Sia-sia hidup kita jika tidak mendapat redha Allah. Itulah sebenarnya matlamat hidup kita.

3. Baca surah Yaasin setiap pagi.

Surah Yaasin merupakan hati atau jantung al-Quran. Biasanya surah Yaasin kerap dibaca pada malam Jumaat atau ketika melawat orang sakit atau yang meninggal dunia. Namun, surah ini jika diamalkan setiap hari, banyak manfaat yang bakal kita dapat. Allah akan mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah akan permudahkan. InsyaAllah.

4. Baca surah Al-Waqiah setiap malam.

Amalan surah al-Waqiah akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah termasuklah jodoh. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:


“Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”
Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.




5. Tahajjud setiap malam.

Bangunlah di sepertiga malam. Jika tidak mampu, cukup sekadar dua rakaat. Beberapa minit sebelum Subuh masih sempat untuk kita amalkan. Itu juga sudah dikira sebagai tahajjud. Dan berdoalah. Doalah apa saja. Allah sayang hamba-Nya yang sentiasa bertahajjud dan meminta doa kepada-Nya. Di saat insan lain terlena, kita bangun dan beibadah kepada-Nya. Dan cubalah untuk menangis setiap kali kita bertahajjud. Dengan izin Allah, doa kita sangat makbul saat kita berserah segalanya dan merayu kepada-Nya.

6. Maafkan semua orang.

Maafkan sesiapa sahaja yang pernah melukakan hati anda sama ada sengaja ataupun tidak. Bukan itu sahaja, kita juga perlu meminta maaf kepada sesiapa sahaja walaupun tidak melakukan salah. Mana tahu ada yang terasa dengan kelakuan kita.

Enam amalan ini sekiranya diamalkan selalu pasti akan membawa kebaikan kepada anda terutamanya dalam mencari jodoh. Jangan pernah mengalah, dan yang paling penting sudah semestinya keyakinan dan berbaik sangka kepada Allah. Allah sudah ada rencana yang lebih baik. Semoga kita semua ditemukan dengan jodoh yang baik dan berkekalan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen