Cara Untuk Mengurangkan Stress Ketika Proses Perkahwinan Anda.

Diperakui bahawa menjelang perkahwinan pasti akan menambahkan tekanan pada pasangan bakal pengantin malah ahli keluarga juga turut sama merasainya. Jadi, dengan cara bagaimanakah untuk mengurangkan tekanan semasa perkahwinan anda nanti…

1. Utamakan kemampuan.

Majlis perkahwinan telah menjadi medan untuk ibu si pengantin mencurahkan idea tidak kira sama ada dari segi pakaian, konsep perkahwinan dan juga makanan. Maka ramai juga untuk memberi idea masing-masing sehingga melampui batas.



Berbincang dengan elok terutama pada ahli keluarga hanya untuk membuat pada kemampuan anda sahaja.

2. Pasangan perlu ada disisi.

Kepada pasangan pengantin, jangan lah membebankan diri anda keseorangan. Anda dan pasangan harus menyelesaikan masalah dan membuat persediaan bersama. Khuatir jika hanya sebelah pihak sahaja yang lakukan segalanya, nanti ada pula yang tidak berpuas hati dan terasa.



3. Menghargai setiap detik.

Hargailah setiap detik ketika dalam proses perkahwinan walaupun ia adalah perkara remeh sehaja. Anggap sahaja ini adalah persediaan kalian berdua untuk membina mahligai perkahwinan dan hidup sepanjang hayat. Hentikan keluhan dan hadapi dengan senyuman.

4. Berhenti berfikir perkara serius.

Terlalu sibuk dan ditambah pula perselisihan faham kecil membuatkan anda bosan untuk meneruskan niat suci ini. Jangan begitu.

Ambil masa untuk bertenang dan luangkan masa bersama pasangan untuk menonton wayang atau hanya berjalan di taman menikmati angin petang. Berhenti seketika daripada berfikir mengenai majlis. Anda dan pasangan perlukan masa untuk diri sendiri juga.



5. Perancangan yang teratur.

Pastikan segala perancangan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Timeline penting agar anda tidak terlepas perkara mustahak dan mengelakkan wujudnya masalah pada saat akhir! Seboleh-bolehnya, semua persediaan serta borang kebenaran untuk berkahwin telah diselesaikan sebulan lebih awal dari tarikh perkawinan anda.

6. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan.

Semua perkara walaupun berkaitan pemilihan warna tisu menjadi keutamaan buat anda. Jadi lah bijak untuk menentukan mana yang penting dan mana yang tidak. Dan elakkan membelanjakan wang hanya untuk perkara remeh. Lebih baik anda gunakaannya untuk setelah berkahwin nanti.



7. Jangan pentingkan diri sendiri.

Anda dan pasangan tentu sekali inginkan yang terbaik untuk majlis perkahwinan kalian berdua. Tetapi janganlah sampai semuanya ingin dibuat sendiri. Ada perkara yang perlu anda harapkan bantuan daripada orang lain seperti keluarga dan rakan-rakan.

Mereka juga pastinya gembira dapat menyumbang tenaga dan masa untuk majlis anda. Bukan menyerahkan kepercayaan secara total, anda masih lagi boleh memantau agar tidak timbul sebarang masalah kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen