Sebab-Sebab Anda Masih Berharap Pada Si Dia Yang Meninggalkan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun rasa terluka akibat ditinggalkan orang yang disayang, ada sesetengah kita ini masih lagi menunggu orang yang disayangi itu kembali semula. Walaupun rasa pahit penantian yang tiada jawapan itu, ramai sahaja yang sanggup untuk menunggu sesuatu yang tidak pasti berbanding dengan mencari pengganti yang lebih baik. Biarpun perbuatan itu sia-sia anda masih lagi meletakkan harapan yang tinggi terhadap dirinya. Adakah anda tahu mengapa anda masih lagi begitu? Mari ketahui puncanya.



1. Anda masih tidak menerima kenyataan.

Kenyataan bahawa seseorang itu tidak ada jodoh untuk diri ini adalah sangat menyakitkan. Lebih-lebih lagi apabila sudah menjalinkan cinta yang bertahun-tahun. Untuk menerima kenyataan itu memakan masa tetapi anda tetap sahaja menidakkan kenyataan itu.

2. Merasa masih ada harapan.

Anda merasakan dirinya cuma mengambil sedikit masa untuk menenagkan diri sebelum kembali semual kepada anda. Bukan itu sahaja, anda juga cuba untuk memberi ruang kepada dirinya sedangkan dirinya sudah bahagia bersama yang lain. Pihak anda sahaja yang masih berharap pada dirinya.

3. Si dia masih memberi layanan yang baik.

Rasa cinta tidak akan bertepuk sebelah tangan, begitu juga dengan diri anda. Dirinya masih lagi memberi layanan yang baik terhadap anda. Mereka masih lagi ingin menjadi rakan baik anda serta mencari anda apabila dirinya kesunyian.


4. Anda belum berjumpa dengan yang lebih baik.

Pengganti adalah orang yang membantu diri anda melupakan seseorang yang telah meninggalkan anda. Tetapi anda masih lagi menemui mereka yang sesuai dengan anda, maka dengan itu anda akan masih lagi berharap pada mereka yang telah pun meninggalkan anda sebenarnya.

5. Anda merasakan dirinya sempurna buat anda.

Anda tidak pernah cuba untuk membuka hati anda untuk orang lain. Maka dengan itu, anda merasakan bahawa dirinya terlalu sempurna untuk anda. Bukan itu sahaja, sikap dan tingkah lakunya adalah punca mengapa anda masih lagi berharap dengannya.

Tidak salah sekiranya anda menunggu si dia, tetapi jangan pernah letakkan harapan yang terlalu tinggi. Seseorang yang sudah tinggalkan kita, pasti tidak akan kembali bersama anda semula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen