Tips Untuk ‘Dating’ Dengan Jimat.

Sebagai lelaki anda pasti buntu dengan cara yang bagaimana lagi anda boleh membawa si dia untuk dating. Kadang-kala sudah tentu bukan setiap masa anda mempunyai duit yang cukup untuk bertemu dengan si dia. Pasti ada sahaja wang kecemasan untuk digunakan.



Tetapi jika terlalu lama tidak berjumpa, rindu pula. Dalam masa yang sama anda mahu berjimat, jadi ikuti tips ini bagaimana mahu bertemu janji dengan jimat…

1. Bersukan.

Seperti berbasikal, bermain badminton, bermain layang-layang atau main sahaja permainan tradisional jika masih ada contohnya congkak. Selain dapat menjana minda anda dengan lebih aktif, aktiviti sebegini jika dilakukan bersama kekasih pasti lebih menghiburkan dan hubungan tidak akan menjadi hambar.



2. Berkelah.

Berkelah juga adalah antara salah satu perkara yang dapat menjimatkan duit anda. Tidak perlu ke restoran mewah untuk menikmati makanan. Hanya dengan berbekalkan sandwich atau nasi lemak, nikmati pula pemandangan di sekeliling anda. Lebih romantik jika dibandingkan dengan pemandangan di dalam restoran. Dan dalam pada yang sama, si lelaki boleh bermain gitar dan mengalunkan lagu yang merdua untuk si dia.

3. Flea-market.

Dalam tak disangka, timbunan bundle mempunyai pelbagai barangan yang berkualiti serta unik untuk dibuat koleksi. Jika membeli-belah bukan kegemarannya, kunjungan ke flea-market pasti dapat menarik perhatian si dia.



4. Bertukang.

Jika mengikut trend terkini, semua aktiviti pasti ada sahaja yuran kemasukan. Untuk berjimat, tidak salah jika kadang-kala si lelaki bertukang untuk membuat meja kopi, rak buku atau apa sahaja. Bukan sahaja dapat leboh produktif, si gadis pasti suka dengan hasil kerja tangan anda sendiri.

5. Fun-fair.

Aktiviti outdoor yang mempunyai harga tiket yang murah sudah pasti fun-fair. Ia pasti mengimbau kembali kenangan ketika anda masih kecil bermain bersama adik-beradik tanpa memikirkan masalah kerja. Kali ini anda boleh meluangkan masa dengan kekasih anda pula.



6. Makan malam.

Masak sahaja makanan kegemaran si dia. Atau anda berdua boleh masak makanan kegemaran pasangan, dan menikmati di kawasan luar rumah. Atau pun jika mempunyai kawasan yang luas dan lapang seperti padang atau tasik, itu sahaja boleh jadi tempat romantik untuk anda berdua.

7. Kerja amal.

Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara kalian berdua, tetapi dalam pada masa yang sama dapat membuat kerja amal dan menolong untuk mereka yang tidak berkemampuan. Aktiviti sebegini sebenarnya lebih membuatkan anda menjadi lebih penyayang dan mencintai orang sekeliling.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen