5 Jenis Pemilihan Pasangan Yang Akan Menggambarkan Keperibadian Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai minat yang berbeza dengan seseorang yang mereka minta. Ada yang meminati dari segi rupa paras, mahupun keperibadian. Dan setiap pasangan yang menjadi pilihan seseorang itu merupakan gambaran kepada diri mereka sendiri. Sebab itu mereka akan mencari pasangan yang selesa antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, pasangan itu kan cerminan diri kita. Mari ketahui 5 jenis pilihan pasangan yang menggambarkan keperibadian anda.



1. Perbezaan ketinggian.

Biasanya wanita akan memilih pasangan yang lebih tinggi daripada mereka begitu juga sebaliknya. Berdasarkan penelitian, lelaki yang lebih tinggi memilih pasangan yang sedikit rendah akan kelihatan lebih kuat dan bersifat melindungi. Manakala, bagi mereka yang memilih wanita sama tinggi atau lebih tinggi pula akan kelihatan lebih yakin dan percaya diri. Ia juga kelihatan dipenuhi rasa kepedulikkan.

2. Pasangan lebih berisi.

Tidak ramai yang beranggapan wanita berisi ini cantic dan menawan. Berdasarkan penelitian, lelaki yang lebih cenderung memilih wanita berbadan berisi ini dikatakan lebih bersedia untuk membina keluarga. Wanita berisi ini juga dikatakan melambangkan kesihatan serta kesuburan wanita tersebut.

3. Cinta yang dimulai dengan rasa benci.

Tidak ramai yang akan memilih cinta sebegini. Orang yang memilih seseorang yang dibenci kemudian mencintainya adalah kerana, mereka ingin mengubah pemikiran seseorang itu. Namun, kelakuan pasangannya itu pula membuat dirinya tertarik.


4. Pencinta haiwan.

Mereka yang memilih pasangan yang juga menyukai haiwan adalah kerana perkongsian yang serupa. Wanita yang memilih lelaki yang menyukai haiwan adalah kerana ia kelihatan lebih bertanggungjawab dan boleh dikawal tindakannya. Manakala, lelaki yang memilih wanita menyukai haiwan pula kerana ia kelihatan penyayang.

5. Pasangan yang berbeza kelakuan.

Mereka yang memilih pasangan yang berbeza kelakuan ini biasanya mempunyai sikap keanak-anakan. Mereka juga belum matang sepenuhnya untuk menjalinkan hubungan yang serius.

Namun begitu, kecenderungan memilih fizikal dan minat itu bukan terjalin secara sengaja. Ia lebih kepada berlaku secara tidak sengaja atau lebih dikenali sebagai jodoh yang telah ditentukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen