Mengapa Seorang Lelaki Sukar Menjadi Pendengar Yang Baik? Mereka Boleh, Jika Anda Ikuti 4 Langkah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki sememangnya mengalami kesukaran untuk mendengar apa yang wanita mereka luahkan. Mereka selalu mengabaikan apa sahaja yang diperkatakan oleh pasangan mereka. Biasanya orang lelaki ini tidak menumpukan perhatian sepenuhnya ketika pasangan mereka berbicara. Mereka lebih memfokuskan apa yang sedang mereka lakukan ketika itu. Berikut terdapat beberapa langkah untuk membuat pasangan anda meningati apa yang anda katakana.



1. Cuba dapatkan perhatian mereka.

Lelaki ini amat mudah untuk hilang fokus apabila bercakap dengan dirinya. Maka dengan itu, anda harus bijak untuk menarik perhatian mereka. Apa yang anda harus lakukan adalah bercakap dengan memandang matanya bukan membelakangkannya.

2. Straight to the point.

Jangan pernah memberikan pendahuluan yang panjang kepadanya. Katakan sahaja apa yang anda mahukan. Mereka ini biasanya tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan apa yang anda mahu. Itu yang menyebabkan mereka mudah hilang tumpuan, jadi berterus terang sahaja kepadanya.

3. Berhenti bercakap apabila sudah selesai.

Dirinya hanya memerlukan maklumat yang sedikit daripada anda. Jangan penah menambah-nambah apa-apa dalam perbincangan itu. Ia hanya menyebabkan pasangan anda semakin sukar untuk memahami. Berhenti berkata-kata apabila anda sudah selesai katakan apa yang anda mahukan.


4. Bercakap dengan nada yang kuat.

Bukan kerana anda tidak menghormati dirinya, tetapi ia lebih kepada cuba mendapatkan perhatian daripadanya. Biasanya seorang lelaki lebih mudah memberi perhatian kepada sesuatu yang kuat. Mungkin anda boleh mencubanya.

Lakukan empat langkah ini untuk memudahkan pasangan anda mendengari apa yang anda mahukan. Tetapi anda harus melakukannya dengan hemah, jangan membuatnya kurang memahami apa yang anda cuba lakukan. Nanti makin rasa terabai pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen