Selalu Bertengkar Dengan Pasangan Anda? Ini 4 Strategi Untuk Berhenti Bertengkar Dengan Berkesan.

Oleh: Rafi

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit. Memang mustahil untuk pasangan bercinta mahupun yang sudah pun berkahwin tidak bertengkar langsung. Ramai yang berpendapat bergaduh di dalam satu perhubungan merupakan cara komunikasi yang jujur dan terbaik. Namun begitu, sekiranya pergaduhan menjadi keruh takut nanti ia akan menjejaskan perhubungan anda berdua pula. Di sini kami ada beberapa strategi untuk pasangan meredakan pertelingkahan dengan cepat.



1. Fikirkan sesuatu yang menggembirakan.

Sekiranya si dia sedang membebel dan memarahi anda, pandang ke matanya dan fikirkan sesuatu yang menggembirakan anda tanpa memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dikatakannya. Orang sedang marah, pasti keluar sesuatu yang kurang menyenangkan dari mulut mereka dan akan membuatkan anda naik marah juga. Sekiranya anda tidak respons, kemarahan pasangan akan cepat reda.



2. Jangan asyik nak menang.

Pertelingkahan tidak akan berakhir sehingga seorang mengaku kalah. Mereka yang selalu memikirkan kemenangan di dalam pergaduhan tidak akan mendapat jalan penyelesaian untuk sebab penyebab anda berdua bergaduh. Mungkin anda boleh biarkan anda berdua tenang seketika dan baru memulakan perbincangan mengenai masalah yang dihadapi. Tengking menengking untuk mencapai kemenangan tidak membawa kepada penyelesaian.

3. Think Twice Before You Say It!

Menurut kajian daripada University of Chicago, otak kita mempunyai sifat negatif semula jadi yang akan menjadi aktif setelah menerima berita yang kurang enak. Oleh kerana itu ketika marah, kita akan secara automatik mengungkit perkara yang tidak elok atau mengeluarkan kata-kata negatif yang tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut kita. Jadi, elakkan untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat ketika pergaduhan takut nanti pasangan akan lebih terluka. Percayalah, anda akan merasa lebih sedih setelah pertelingkahan berakhir dengan kata-kata kesat yang dilemparkan.



4. Selitkan unsur positif.

Ketika pergaduhan, selitkan sedikit unsur positif seperti membuat lawak atau pun memegang tangan pasangan dan memeluknya. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of marriage and Family, sedikit keintiman mampu menambahkan keakraban pasangan. Panggil si dia dengan kata-kata sayang dan ingat susah senang yang anda lalui bersama. Ini dapat memendekkan tempoh pergaduhan anda berdua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen