Tips Wanita: Pemilihan Minyak Wangi Yang Bersesuaian Berdasarkan Keperibadian Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap daripada kita pasti mengalami kesukaran dalam memilih minyak wangi yang bersesuaian dengan keperbadian diri. Pemakaian minyak wangi adalah untuk memberi hint kepada orang disekeliling tentang keperibadian diri kita. Terutama sekali apabila keluar berdating bersama teman lelaki. Berikut adalah cara pemilihan minyak wangi berdasarkan keperibadian anda.



1. Miliki keperibadian yang feminin.

Cuba anda sesuaikan dengan aruma yang berunsurkan manis seperti gula-gula ataupun buah-buahan untuk melengkapkan penampilan anda. Haruman Strawberry, baik untuk mengurangkan mood yang tidak baik pada hari yang sibuk. Boleh juga ditambah dengan bau melati segar. Gabungan aroma raspberry dan epal. Selain tahan lama, aroma ini juga membuat sesiapa ‘rasa terperangkap' untuk mendekati kita. Aroma epal eksotik dan kasturi segar pula bersesuaian untuk digunakan apabila berhibur bersama rakan-rakan pada hujung minggu.

2. Miliki keperibadian seksi.

Apa kata anda cuba bangkitkan rasa seksi dengan aroma yang berani dan mewah. Campuran ungu hitam dengan berlian bunga orkid menampilkan bau bunga-bungaan tetapi masih lagi berani dan mewah. Bau melati atau lemon pula untuk penampilan seksi yang lembut dan elegan. Aroma vanila yang memberikan gambaran tentang orang yang lembut, tetapi masih tegas dan yakin. Sesuai untuk digunakan apabila berkenalan dengannya.

3. Wanita yang energetic.

Mereka yang memiliki keperibadian seperti ini biasanya orang yang lasak, yang sentiasa aktif. Maka aroma yang bersesuaian ialah aroma sitrus semulajadi dengan campuran pepaya, mangga, dan pic. Sesuai untuk aktiviti luaran yang meletihkan. Campuran epal, cranberry, dan sitrus. Bukan hanya berbau harum, tetapi juga membuat kita segar sepanjang hari. Aroma melati yang menggabungkan kesegaran kulit jeruk, sesuai untuk menghasilkan semangat.


4. Mempunyai keperibadian yang sosial.

Mereka ini biasanya suka membuat kawan, mudah mesra serta mempunyai ramai rakan. Maka dengan itu pemilihan yang bersesuaian ialah Bau wangi teh hijau tahan lama, sesuai untuk kita yang bertemu ramai orang setiap hari. Aroma bunga ceri, teh putih, dan vanila. Sesuai untuk hobi hang out. Perpaduan aroma lavender, magnolia, serta kasturi yang bergaya. Bukan sahaja menyebarkan perasaan kelembutan dengan berkesan, tetapi juga menunjukkan sisi peribadi yang ceria.

5. Miliki keperibadian yang boyish.

Tidak ramai wanita yang miliki keperibadian sebegini, namun mereka ini sebenarnya orang yang tidak sukakan aroma manis dan feminin. Mereka boleh mencuba, Aroma kayu digabungkan dengan musk yang menyegarkan ia mampu membuat anda tampil dengan lebih yakin. Campuran aroma jeruk dengan akar pula bukan hanya menenangkan, aroma ini juga menggembirakan sepanjang hari.

Jadi sebelum anda membeli minyak wangi untuk diri sendiri mahupun pasangan anda. Cuba kenali dahulu keperibadian anda. Barulah, anda mampu tampil dengan yakin dengan keserlahan peribadi anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen