5 Sebab Sesi Luahan Hati Itu Perlu Dalam Satu Hubungan Jangka Panjang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila hubungan telah terlalu lama, anda mungkin akan lali dan lalai akan beberapa perkara mengenai pasangan anda. Bukan itu sahaja, anda juga merasa selesa akan hubungan anda itu. Hubungan anda tidak membosankan, ia biasa-biasa sahaja. Walaupun tiada sebarang pergaduhan yang berlaku, anda tetap memerlukan sesi perbincangan dari hati ke hati ini. Berikut adalah sebab mengapa anda perlukan hal ini.



1. Masalah kepercayaan.

Jika pasangan itu mempunyai hubungan sulit, kepercayaan kepada pasangan itu biasanya akan hilang. Anda akan lebih mencurigakan pasangan anda. Atau apabila pasangan itu berbohong, dalam kesempatan seterusnya anda akan sukar untuk mempercayai kata-katanya lagi. Maka masing-masing perlu tahu tahap kepercayaan terhadap pasangan.

2. Sesuatu yang terasa salah.

Dalam menjalani kehidupan dengan pasangan anda, anda merasakan sesuatu berubah dan tidak boleh berlaku, ia membuat anda berasa tidak selesa lagi. Tetapi anda menghadapi masalah untuk merumuskan apa yang anda hadapi. Maka sesi luahan ini penting untuk mengetahui kesalahan masing-masing.

3. Sukar menyampaikan hasrat.

Anda mempunyai pelbagai perkara yang hendak diluahkan kepada pasangan anda, tetapi anda tidak sampai hati untuk luahkannya. Maka apabila sesi ini berlaku, masing-masing perlu menyampaikan hasrat secara terbuka tanpa rasa kecewa ataupun kecil hati.


4. Salah seorang tidak mahu menjaga hubungan.

Apabila terlalu bersahaja dalam hubungan ini, ia seolah-olah anda tidak kisah akan apa yang akan berlaku akan hubungan tersebut. Sikap tidak mengambil endah dan tahu itu menyebabkan hubungan anda suram. Maka ada perlukan sesi ini.

5. Komunikasi yang buruk.

Sesi luahan ini sebenarnya penyelesaian untuk komunikasi yang buruk. Di mana masing-masing menyimpan apa yang mahu dikatakan kerana tidak mahu melukakan pasangan. Bukan itu sahaja, anda dan pasangan sentiasa mempunyai rasa salah faham terhadap pasangan tetapi tidak mahu luahkan.

Sesi luahan ini bukan menjadi punca pergaduhan anda, tetapi ia lebih untuk mengetahui isi hati pasangan anda. Ini adalah jalan yang terbaik untuk memperbaiki hubungan berbanding anda perlu meluahkannya orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen