Sering Memilih Pasangan Yang Salah? Jom Ketahui Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah banyak kali menjalinkan hubungan cinta, namun akhirnya hubungan itu akan berakhir dengan perpisahan. Anda juga sudah penat untuk mencari pasangan baru. Nak cari pasangan yang baru pula, bukannya senang tapi semuanya tidak ada jodoh untuk bersama. Tapi apa yang menyebabkan anda sering bersama dengan seseorang yang salah? Jom ketahuinya.



1. Anda memilihnya berdasarkan rupa.

Sesiapa sahaja pasti akan terpersona dengan rupa paras yang lawa dan indah. Tapi rupa paras ini bukan ukuran yang utama dalam satu hubungan. Bukan itu sahaja, apabila miliki pasangan yang mempunyai rupa paras yang menawan ini membuatkan pihak ketiga lebih mudah untuk mendekati hubungan anda.

2. Anda yakin anda boleh mengubah dirinya.

Apabila anda berjumpa seseorang, jangan meletakkan satu harapan yang tinggi bahawa anda mampu untuk mengubah dirinya. Mereka ini mempunyai sifat itu secara semulajadi, maka anda harus belajar menerima seseorang itu siapa diri mereka. Bukannya mengubah mereka menjadi seperti yang anda inginkan.

3. Anda hanya mencari lelaki yang memenuhi cita rasa anda.

Mempunyai keinginan untuk memiliki pasangan idaman itu impian setiap orang. Tetapi, ia adalah satu perkara yang mungkin tidak akan dapat dicapai. Apa kata anda buka pintu hati anda untuk seseorang yang bukan cita rasa anda tetapi ia lebih membuat anda berasa selesa. Itu mungkin lebih menjamin kebahagiaan anda.


4. Menipu pada awal perhubungan.

Satu hubungan itu tidak boleh dimulai dengan penipuan. Ia hanya akan menjejaskan hubungan anda kelak apabila diketahui. Baik anda berterus terang sahaja siapa diri anda dan orang seperti apa anda. Ia mungkin akan membuat pasangan anda lebih mudah untuk membuat anda rasa selesa.

5. Berkongsi terhadap hubungan lalu.

Apabila anda mula menceritakan keburukan dalam hubungan anda yang lalu, ia hanya membuat dirinya yang melakukan kesalahan. Bukan itu sahaja, ia membuat pasangan anda ingin melarikan diri daripada anda. Lebih baik anda simpan sahaja cerita hubungan lalu anda daripada si dia.

Kadang kala sering bertukar ganti pasangan bukan kerana pasangan itu yang bermasalah. Tetapi ia lebih kepada dirinya anda yang membuat pemilihan sebegitu. Bukan itu sahaja, diri anda juga yang menjadi punca utamanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen