Anda Ingin Tunjuk Rasa Cinta Anda Terhadap Dirinya? Tapi Jangan Lakukan 4 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti ingin menunjukkan rasa cinta mereka terhadap pasangan mereka. Apa pentingnya menunjukkan rasa cinta ini? Ia tidak penting sebenarnya, tetapi ia hanya untuk membuat pasangan lebih percaya terhadap diri kita. Bukan itu sahaja, ia juga seolah-olah bukti yang menunjukkan diri ini sebagai pasangan yang baik. Tetapi sesetengah orang melakukan perkara yang salah ketika menunjukkan rasa cinta mereka. Berikut adalah kelakuan yang salah tersebut.



1. Memberi kuasanya kepada pasangan sepenuhnya.

Anda seharusnya menikmati hubungan anda sebagai satu yang sangat positi kepada anda. Apabila anda memberi kuasa kepada pasangan anda untuk membuat keputusan untuk anda ia akan membuat anda terasa seperti tertindas. Bukan itu sahaja, ia memberikan aura negatif kepada anda.

2. Bersedia menjadi pembantu peribadinya.

Ini adalah langkah yang salah. Anda seharusnya menjadi pasangannya bukan pembantunya. Anda tidak perlu mengambil semua tugas yang dia perlu lakukan. Jangan sentiasa mengikut segala kemahuannya.

3. Bersetuju dengan semua perkara.

Demi kerana sayang, anda mengikut segala katanya. Walaupun anda tahu ia tidak mengembirakan hati anda. Hubungan seharusnya saling membahagiakan pasangan bukanya mengikut segala kata pasangan.


4. Hilang keperibadian anda.

Anda bersedia mengubah diri anda mengikut kemahuan dirinya. Sedangkan anda tidak rasa gembira dengan melakukan itu semua. Hal ini kerana, anda merasakan anda sedang berpura-pura untuk semua perkara.

Untuk tunjukkan rasa cinta dan sayang kita pada seseorang bukan dengan membuang kemahuan dan keinginan diri sendiri. Ia bukan juga melakukan apa sahaja demi pasangan kita. Dalam satu hubungan ia seharusnya anda tolak ansur dan kompromi yang baik. Barulah hubungan tersebut akan menjadi lebih bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen