Antara Kesan Keburukan Ketika Sedang Dilamun Cinta, Menurut Saintifik.

Tidak dapat disangkal dilamun cinta mampu memberi kesan positif pada seseorang. Jika bijak dan matang seseorang tersebut pasti mereka tahu untuk menguruskan hati dan perasaan ketika dilamun cinta. Dilamun cinta mampu memberi kebahagiaan kepada pasangan, dan sentiasa tersenyum, malah hari-hari yang mendatang pasti mahu diharungi dengan aura positif.

Jatuh cinta yang sebenarnya juga mampu memberi masalah kepada hati dan perasaan seseorang. Jika tidak bijak lah seseorang itu, maka pasti akan meninggalkan kesan yang negatif. Pasti yang ramai tidak menjangka kesan negatif yang bakal di alami oleh seseorang ketika dilamun cinta, bukan?



Jom ketahui antara kesan-kesan negatif dilamun cinta menurut saintifik..

1. Insomnia.

Saat dilamun cinta,t idak kurang dari anda yang mengalami kesukaran untuk tidur. Hal ini terjadi kerana berlakunya produksi hormon dopamin dan norepinefrin yang terlalu banyak ketika anda mengalami rasa suka, teruja dan keasyikan jatuh cinta. Itulah sebabnya anda memiliki banyak energi,sukar tidur selama berhari-hari dan wajah jadi merah merona.

2. Anorexia.

Dalam beberapa kejadian, jatuh cinta ternyata mampu menjadi berbahaya kerana mampu membuatkan seseorang menjadi anorexia iaitu hilang selera makan. Misalnya,ketika seseorang memasuki fasa 'limerence', iaitu bila 'tergila-gila’ atau terlalu angau. Ketika dalam fasa mengalami 'limerence', seseorang menjadi terlalu obsesif,mudah terganggu, hilang selera makan serta melupakan pekerjaan, teman, keluarga bahkan tanggungjawab pada dirinya sendiri.



3. Hilang fokus.

Saat sedang dilamun cinta, seseorang itu sukar fokus dan tidak mampu memberikan tumpuan memikirkan apapun selain orang yang dicintainya. Keadaan ini merupakan akibat dari hormon dopamin yang membuat orang menjadi terlalu obsesif.

4. Tekanan pada bahagian dada.

Menurut Dr. Helen Fisher, ilmuwan dari Rutgers University, Amerika, ketika seseorang merasakan tekanan pada dada, biasanya orang itu sedang berada dalam keadaan yang panik dan cemas. Saat seseorang itu jatuh cinta, otaknya seringkali berkaitan dengan rasa cemas, rasa tidak keruan dan panik kerana terlalu memikirkan perasaan si dia sama ada mempunyai perasaan yang sama seperti dirinya atau tidak.



5. Mual dan rasa tidak selesa dalam perut.

Pelepasan hormon norepinefrin, dopamin dan kortisol saat seseorang itu dilamun rasa cinta akan mengalirkan darah dari usus dan memberikan efek mual dan rasa gugup ketika bertemu orang yang dicintai. Orang yang sedang jatuh cinta biasanya mengalami gejala telapak tangan sering berpeluh, mulut kering, peningkatan denyutan jantung dan mudah pening bila melihat cahaya atau sinar yang terang.

Tetapi jika mengikut kajian di Malaysia, wanita lebih suka menikmati makanan walau dalam apa jua situasi, ketika marah, merajuk, sedih, atau gembira. Cuma berkemungkinan lelaki yang menjadi kurang selera makan kerana bekerja keras untuk mengumpul duit perkahwinan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen