Lakukan Perkara Ini Demi Mengelakkan Pergaduhan Yang Melibatkan Gadget.

Oleh: Zuzu Yasmine

Teknologi ini sebenarnya banyak kelebihannya untuk pasangan yang bercinta. Namun begitu, ia juga membawa keburukan kepada setiap pasangan. Ia mungkin memudahkan setiap pasangan untuk berkomunikasi, tetapi ia juga membawa keburukan kepada pasangan apabila terlalu gairah bermain dengan teknologi terutama telefon bimbit. Mari ketahui apa yang perlu anda elakkan.



1. Jangan bermain telefon bimbit ketika berjumpa.

Anda berjumpa dengannya kerana untuk melepaskan rasa rindu anda. Bukan itu sahaja, ia juga kerana ingin meluangkan masa bersama-sama. Tetapi sekiranya anda sibuk dengan bermain telefon bimbit, untuk apa anda berjumpa.

2. Jangan bercerita mengenai media sosial anda.

Apabila anda membuka cerita mengenai media sosial ia akan membuat pasangan anda tertarik untuk melihat media sosial tersebut. Bukan itu sahaja, ia mungkin akan melihat media sosial anda dan mula mencari perbalahan antara anda berdua.

3. Fokus terhadap sesuatu yang tidak melibatkan teknologi.

Apa kata anda cuba untuk memfokuskan mengenai hal hubungan anda. Cuba untuk berbincang mengenai sesuatu yang menarik. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh menambah kemesraan anda berdua.


4. Jangan sorokkan telefon bimbit anda.

Perbuatan menyorokkan telefon bimbit ini hanya mendatangkan syak wasangka dari pasangan anda. Maka lebih elok anda membiarkan dirinya melihat telefon bimbit anda berada di sisi anda. Maka dapat lah elak pergaduhan yang tidak berasas.

Teknologi yang maju ini mungkin dapat membantu anda untuk bertambah erat dengan pasangan anda. Tetapi ia juga membantu untuk memusnahkan hubungan anda sekiranya anda tidak menggunakkannya dengan bijak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen