5 Cara Berkesan Pikat Hati Mertua. Jangan Lupa Untuk Amalkan.

Oleh: Rafi

Kebahagiaan bukan hanya melalui kehidupan bersama pasangan, malah juga dengan keluarga baru anda. Lebih-lebih lagi mertua. Jangan tersilap langkah dalam mengambil hati mertua. Kami berkongsi tip bagaimana memikat hati mertua dan keluarga baru anda.



1. First impression.

Ingat bagaimana kali pertama anda bertemu dengan bakal suami dulu? Macam itu jugalah persiapan untuk bertemu dengan bakal mertua. Fizikal harus kemas dan sopan. Tidak semestinya perlu lengkap berbaju kurung atau dengan gaya kasual sekalipun, asalkan kemas dan tidak mendedahkan bahagian tubuh seksi sudah memadai.

2. Tutur.

Seharusnya anda merendahkan suara dan ringan mulut. Orang tua kalau kena cara dilayan mereka akan cepat dekat dengan diri kita. Komunikasi berkesan tentu sahaja mampu membuatkan hubungan anda dengan mertua lebih cepat erat. Tawan hati mereka dengan tutur kata yang lembut dan penting untuk anda sentiasa mendengar apa pun cerita yang mereka ingin kongsikan. Jika mereka sudah mula mahu bercerita dengan anda maknanya mereka sudah percaya akan chemistry yang tercipta.



3. Jadi diri sendiri.

Susah untuk jadi diri sendiri depan mentua? Kuncinya mudah sahaja. Anda hanya perlu faham cara mereka. Apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Jika anda betul-betul faham akan kehendak mereka, jadi tiada masalah untuk anda menjadi diri sendiri dan secara perlahan-lahan mertua akan melihat dan menerima siapa diri anda sebenarnya.

4. Sense of humor.

Fakta yang perlu anda tahu adalah orang tua suka jika diusik kalau isu yang dibangkitkan berkaitan dengan apa yang mereka suka. Jika perbualan yang dikongsi membosankan, ‘twist’ cerita mereka dalam nada bergurau tetapi jangan sampai berlebihan dan kalau boleh berpakat dengan pasangan bagi meyakinkan setiap jenaka yang cuba dijual untuk memikat hati mereka.

5. Bangun awal.

Sesekali bila pulang ke rumah mertua jangan bangun lambat. Rajinkan diri untuk bangun awal setiap pagi. Bunyinya mungkin sukar tapi ini merupakan satu cara terbaik untuk anda menjadi isteri atau suami dan menantu yang faham akan maksud tanggungjawab. Lama-kelamaan perkara ini akan menjadi rutin yang berguna terutama apabila sudah masa menimang cahaya mata nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen