Panduan Untuk Move On Bagi Anda Yang Gagal Dalam Sesi Ta’aruf.

Oleh: Zuzu Yasmine

Di dalam sesi ta’aruf juga terdapat penolakan dan penerimaan. Sekiranya anda diterima oleh calon pilihan anda, adalah sangat bersyukur. Tetapi sekiranya sebaliknya, anda perlu belajar untuk move on dari calon anda itu. Jangan bersedih kerana perkenalan anda tidak panjang dan si dia tidak menerima anda. Mana tahu anda akan berjumpa dengan lebih baik darinya. Jadi, mari belajar untuk move on dari sesi ta’aruf yang ditolak.



1. Yakin bahawa Allah telah menyedikan pasangan yang baik untuk anda.

Dalam usaha mencari jodoh ini, anda harus yakin dengan jodoh yang telah ditetapkan Allah. Sebanyak mana anda menyukai si dia, itu tidak bermakna anda adalah calon yang sesuai untuk dirinya. Maka yakin lah bahawa seseorang yang tepat akan tiba pada masa yang tepat.

2. Berdoa agar menggantikan yang lebih baik.

Doa adalah senjata yang kuat. Daripada anda menyerah kalah dan bersedih, apa kata anda cuba berdoa untuk mendapatkan yang lebih baik daripada yang pernah anda jumpa. Dan Tidak lupa juga bahawa anda perlu meminta yang baik-baik sahaja.

3. Cuba perbaiki diri.

Mungkin kekurangan diri anda menjadi punca mengapa diri anda ditolak oleh si dia. Maka dengan itu, apa kata anda cuba untuk perbaiki diri anda dahulu. Lihat di mana kurangnya anda jika hendak dibandingkan dengan pasang yang telah dipilih oleh dirinya. Tetapi jangan pula anda sengaja membangga diri dengan kelebihan yang anda miliki.


4. Ingat bahawa anda ramai lagi yang masih single.

Bukan hanya anda seorang sahaja yang sedang mencari calon, tetapi ramai lagi yang masih menanti jodoh mereka. Maka dengan itu, jangan terlalu risau mengenai jodoh anda. Dalam ramai-ramai mereka itu pasti anda jodoh untuk anda, cuma anda sahaja masih belum menjumpai dirinya lagi.

5. Jangan menyimpan dendam.

Apabila ditolak oleh si dia, jangan pula anda menyimpan dendam. Tetapi cuba untuk berterima kasih kepadanya kerana telah menyebabkan anda mendekatkan diri kepada Allah. Bukan hanya itu sahaja, apabila anda berdendam, ia akan menyukarkan lagi perjalanan jodoh anda.

Jangan mengalah dalam mencari jodoh ini, anda seharusnya berusaha dan terus berdoa kepada-Nya agar jodoh yang baik diberikan kepada anda. Sesi ta’aruf ini juga akan memberi pengalaman kepada anda dalam mencari pasangan hidup yang baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen