Awas Wanita! Jangan Terperdaya Dengan Lima Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai kaum wanita kita biasanya akan mudah percaya dengan seorang lelaki. Terutama mereka ini memberi layanan yang baik kepada kita. Bukan itu sahaja, dalam mencari pasangan juga, kita perlukan seseorang yang mampu membimbing dan benar-benar serius dengan kita. Hal ini kerana, kita ini mungkin akan tersilap langkah apabila lelaki yang dekati kita itu tidak mempunyai niat yang baik terhadap diri kita. Maka dengan itu, elakkan diri anda untuk bercinta dengan lima lelaki ini.



1. Penunggang agama.

Mereka ini selalunya akan menggunakan agama sebagai alasan mereka melakukan sesuatu yang melukakan anda. Mereka juga akan menggunakan nama agama sebagai alasan untuk menutup kesalahan mereka. Lelaki seperti ini hanya berlindung kepada nama agama tetapi sebenarnya mereka tidak berani.

2. Tidak matang.

Apabila menjalinkan hubungan ini, anda pasti mahukan ia berakhir dengan pernikahan. Tetapi apabila anda bercinta dengan mereka yang tidak matang ini, keseronokan adalah keutamaan mereka. Manakala perkara yang serius juga akan dianggap mainan.

3. Pura-pura baik.

Mereka yang berpura-pura baik ini selalunya hanya mahu mengambil kesempatan ke atas anda. Mereka akan memberi layanan yang baik terhadap anda serta mengambil hati anda tetapi akhir sekali mereka akan melukakan dan meninggalkan anda.


4. Bermulut manis.

Lelaki yang bermulut manis ini selalunya akan menaburkan segala janji untuk anda. Mereka menabur segala janji untuk mendapatkan kepercayaan anda. Namun begitu, mereka ini tidak pernah berusaha untuk menunaikan janji mereka. Akhirnya anda juga yang terluka.

5. Mata duitan.

Siapa yang tidak sukakan duit, tetapi ia perluah berpada-pada. Lelaki yang sukakan duit ini mungkin akan mempergunakan anda demi kepentingan diri mereka. Boleh jadi juga mereka akan mengambil kesempatan ke atas kesenangan yang ada pada anda.

Apabila anda berjumpa dengan lelaki seperti ini, anda seharusnya lebih berhati-hati. Jangan mudah terpedaya dan percaya mereka ini. Melainkan mereka ini sudah berubah dengan sikap mereka itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen