6 Sebab Ramai Lelaki Handsome Masih Single.

Kebiasaannya lelaki kacak ini memiliki ego yang agak tinggi dan menyebabkan mereka berfikir bahawa diri mereka sentiasa digilai oleh ramai wanita. Oleh kerana itu, mereka hanya menunggu wanita terbaik sahaja mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang 'biasa-biasa' sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.



Jom ketahui antara sebab yang lain…

1. Jual mahal.

“Eh poyo betul mamat tu, tau lah handsome tapi tak semua perempuan suka kat kau”

Wanita sering mengungkap kata-kata begini apabila bertemu dengan lelaki kacak kerana bagi mereka lelaki ini sering menjual mahal dan bajet bagus. Malah bagi mereka lelaki ini seperti terlalu memilih untuk berkawan dengan wanita yang sederhana. Sudah pasti mahu berkawan dengan wanita yang sama padan.

2. Persepsi sukar didekati.

Sudah menjadi persepsi wanita bahawa lelaki kacak memang sukar didekati. Apatah lagi untuk dijadikan pasangan. Kononnya lelaki sebegini mempunyai ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.



3. 'Maintenance' tinggi.

Kebanyakan lelaki kacak pasti memiliki barangan yang branded dan mahal. Sudah tentu wanita berasa takut untuk mendekati lelaki sebegini kerana tidak layak untuk bergerak seiring. Wanita mempunyai daya imaginasi yang tinggi, sudah tentu mereka akan membayangkan hidup mereka berjalan seiring dengan lelaki sebegini. Jika tak layak, sudah tentu menjauhkan diri.

4. Terlalu memilih.

Apabila lelaki gemar membuat persepsi wanita cantik hanya untuk lelaki tampan, wanita juga  merasakan begitu sebenarnya. Sudah tentu lelaki kacak hanya memilih yang sama cantik sama padan dengan mereka sahaja. Tidak mahu memilih wanita yang sederhana rupa parasnya.



5. Terlalu banyak pilihan.

Selain terlalu memilih, terlalu banyak pilihan di depan mata juga menyebabkan lelaki kacak sukar untuk membuat pilihan. Setiap wanita yang ada di hadapannya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripada sekian banyak pilihan yang ada.

Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki kacak yang terus single hingga ke hari ini.



6. Terlalu mementingkan kerjaya.

Terlalu sibuk dengan kerjaya adakalanya membuatkan lelaki kacak terlupa untuk mencari cinta. Ini kerana lelaki tampan selalu merasakan mereka mampu untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa.

Oleh kerana itulah, cinta selalu menjadi nombor dua dalam hidup mereka. Namun mereka tidak sedar, usia yang semakin meningkat menyebabkan mereka sukar untuk mencari teman wanita. Apabila merasakan sudah terlewat untuk mereka mencari pasangan hidup, akhirnya mereka memilih untuk hidup bersendirian sehingga ke akhir usia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen