Ciri-Ciri Lelaki Yang Sedang Angau Dilamun Cinta.

Si jejaka yang telah angau pada wanita yang dicintainya pasti ingin sentiasa berada dekat dengan anda, bukan? Hal ini jelas terlihat. Pagi petang siang malam setiap masa pastu si dia asyik ingin bersama-sama. Adakah anda masih lagi tidak sedar?



1. Memberi lebih perhatian.

Lelaki yang sedang angau pasti akan memberi masa yang lebih pada teman wanitanya, tiada lagi wanita lain yang akan dipandang. Dan sudah pasti hanya dengan teman wanitanya sahaja si dia sibuk, jika wanita lain pandang sebelah mata pun tidak mahu.

2. Tidak hiraukan fizikal.

Lelaki ini tidak lagi mementingkan paras rupa dan fizikal teman wanitanya. Pasti si dia menerima seadanya dan tidak pernah cuba menyuarakan apa apa tentang anda untuk mengubahnya.



3. Menjadi lebih romantis.

Si dia yang tidak pernah menjadi romantis, malah sentiasa berkasar dengan rakan-rakannya akan berubah apabila bersama dengan teman wanitanya. Rakan-rakannya juga terkejut dengan perubahan sikap tersebut.

4. Lebih emosi.

Lelaki yang sedang angau dilamun cinta menjadi lebih emosi berbanding dirinya yang terdahulu. Berkemungkinan si dia tidak sedar akan perubahan sikap ini, tetapi lelaki akan menjadi lebih manja dan mahukan perhatian yang lebih apabila bersama kekasih hati.



5. Ingin mengetahui segalanya tentang anda.

Lelaki ini mahukan teman wanitanya sentiasa update rutin harian mereka. Tentang tempat kerja, makan tengah hari, makan malam, shopping di mana, malah aktiviti bersama rakan-rakan.

6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang anda.

Lelaki ini sentiasa mengingati setiap kata kata yang teman wanitanya pernah ucapkan bahkan mungkin mereka sendiri lupa kata-kata tersebut.



7. Selalu menganggap anda adalah satu satunya wanita yang hanya untuknya.

Lelaki yang sedang angau sudah pasti tidak akan mendekati wanita lain, mahu melirik pada wanita tersebut. Setiap aktiviti yang si dia lakukan pasti mengingati anda dan mahu anda sentiasa berada disisinya.

8. Tidak punya alasan untuk mencintai anda.

Mencintai seseorang pasti tidak mudah untuk memberi jawapan. Ini kerana hanya pasangan yang bercinta sahaja dapat merasakan cinta dihati pasangan. Jika si dia mampu memberi jawapan dengan mudah dan cepat “Saya cintakan dia sebab dia cantik..” jawapan begini hanya menunjukkan si dia mencintai anda hanya paras rupa sahaja, belum mencintai dengan sepenuh jiwa.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen