Cara Yang Bijak Untuk Anda Memohon Maaf Setelah Melakukan Kesalahan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang yang menjalinkan satu perhubungan pasti akan pernah melakukan kesalahan terhadap pasangan mereka. Setiap kali pergaduhan itu pasti memerlukan permohonan maaf daripada kedua-dua belah pihak. Maka dengan itu, bagaimana cara yang harus anda lakukan untuk mendapatkan permohonan maaf daripada pasangan anda. Mari ikuti cara mudah ini.

1. Berlaku jujur.

Mungkin kejujuran itu menyakitkan bagi pasangan anda. Namun begitu, dengan kejujuran ini juga lah anda akan mendapat kemaafan dari pasangan anda. jangan takut untuk berlaku jujur terhadap pasangan anda.

2. Bersedia untuk berubah.

Selepas sahaja anda melakukan pengakuan di hadapan kekasih anda, pasti anda akan berjanji untuk melakukannya lagi bukan? Jadi ada perlu bersedia untuk berubah bagi menjaga hubungan anda.

3. Mengambil semua hatinya.

Hati si dia mungkin akan sedikit tawar dengan anda. Walaupun begitu, cuba untuk memikat hati dia kembali. Jangan biarkan si dia terus menjauhkan diri daripada anda. Itu bukan satu pilihan yang baik.

4. Menyesal.

Anda seharusnya bersedia untuk menunjukkan bahawa anda menyesal dengan perbuatan anda. Buat dirinya percayakan anda semula. Tunjukkan rasa menyesal itu seikhlas hati anda. Jangan kalah dengan ego anda sendiri.

Cara-cara ini amat mudah sekiranya anda pandai menunjukkan bahawa anda benar-benar mengakui segala kesalahan anda. Bukan itu sahaja, anda seharusnya bijak mengawal segala kesalahan yang anda telah lakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen