Jangan Terus Tolak Jika Ada Yang Melamar Walaupun Hati Keberatan Untuk Terima.

Rezeki menerima jodoh sangat berbeza diantara semua manusia. Ada yang menerima jodoh ketika di awal usia, ada yang menerima jodoh dalam keadaan yang tidak bersedia, ada yang menerima ketika usia yang tidak disangka, kerana jodoh berkahwin ini sudah tentu ianya rahsia Allah SWT.



Jika benar kita pernah mencintai seseorang bertahun-tahun, dan sudah tiba masanya si dia memberi alasan yang tidak munasabah untuk bersama hingga ke jinjang pelamin, sudah tentu hancur musnah perasaan ini.

Pada yang sama datang pula seseorang yang sebenarnya sudah lama menyukai kita, tetapi kurang hartanya, rupa paras yang sederhana, nak kata hodoh tidak pula, kacak seperti Fattah Amin jauh berbeza.



ADAKAH KITA SANGGUP MENERIMA ORANG INI HADIR DIDALAM HIDUP YANG SECARA TIBA-TIBA MELAMAR KETIKA HATI TIDAK BERSEDIA?

Kerana itu kita perlu membuat solat istikharah….

Kerana itu kita memerlukan petunjuk dari Allah SWT…

Dan kerana itu kita perlu fikir dalam keadaan yang waras apabila ada orang datang melamar, kerana khuatir akan terlepas yang selayaknya…

Menurut islam juga, sebenarnya tempoh ta’aruf antara lelaki dan wanita yang mahu berkahwin tidak manis jika terlalu lama khuatir akan membuka pintu fitnah. Malah jangan pula kita menolak mentah-mentah pada orang yang sedang menunggu kita.



Beri mereka peluang untuk berkenalan dengan lebih mendalam…

Beri mereka peluang untuk membuktikan bahawa mereka adalah pasangan yang terbaik….

Beri mereka peluang untuk mencari rezeki untuk tabung perkahwinan…

Beri mereka peluang untuk memperbaiki kelemahan malah keburukan…

Tetapi jika ada alasan munasabah seperti si dia suami atau isteri orang, melakukan jenayah tentu ia adalah asbab utama untuk kita boleh menolak.



Seperti Allah SWT berfirman;

“….dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya…” (Al-Baqarah: 216)

Dan yang paling utama jodoh tidak akan membuatkan kita menunggu lama tanpa keputusan yang tidak pasti kerana jodoh adalah pilihan Allah SWT. Sedangkan harapan datang dari manusia yang akan kecewakan kita dengan sebuah perasaan rasa sayang yang tak pasti.

“Jika telah datang kepada kalian orang yang diredhai agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah (dengan anak perempuan kalian). Jika tidak, nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan”(HR Tirmizi)



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen