Tips Perkahwinan: Perkara Yang Bakal Pengantin Perlu Titikberatkan, Malah Untuk Yang Datang Bertandang.

Kadang-kala pasangan pengantin malah ahli keluarga tidak sedar bahawa terdapat banyak kesalahan ketika menguruskan perkahwinan. Perasaan akan menjadi terlalu teruja apabila ia adalah perkahwinan anak sulung, anak tunggal atau perkahwinan pertama di dalam keluarga tersebut. Malah perkahwinan juga perlu lah adanya barakah dari Allah SWT, supaya ia sentiasa diberkati hingga akhirat.



Jadi jom ketahui antara perkara tersebut…

1. Sebenarnya perbelanjaan kahwin adalah dari duit ibu bapa bukan dari duit hantaran lelaki.

Ini kerana bapa kepada pihak perempuan yang sepatutnya mengeluarkan perbelanjaan untuk perkahwinan kerana ia sebagai tanda kesyukuran bahawa anaknya telah dilamar dan diterima. Jika tidak mampu, memadai mengikut sunnah dengan menjemput jirang tetangga atau saudara terdekat sahaja.

Dan jika tidak mampu dengan hantaran yang berdulang-dulang banyaknya, memadailah dengan 3 dulang sahaja, dan jangan gunakan duit orang lain atau meminjam semata-mata untuk membuat kenduri kesyukuran.



2. Mengasingkan kedudukan jemputan.

Jangan membezakan jemputan orang berada seperti vip, vvip atau vvvip dengan orang biasa. Sama rata sahaja antara mereka, tiada perbezaan pangkat. Jika mahu mengasingkan tempat lelaki dan wanita, tiada masalah jika ada ruang untuk dipisahkan untuk mereka yang bukan mahram. Tetapi kaedah ini tidak effektif jika suami isteri yang datang mempunyai anak kecil, pasti sukar untuk mereka menikmati makanan.

Selain daripada itu, pada kad jemputan JANGAN letakkan ayat Al-Qur’an, majlis yang besar sepatutnya dilakukan dirumah lelaki bukan perempuan, tetapi lain pula di Malaysia, dan tiada tarikh buruk atau baik dalam menetapkan tarikh perkahwinan menurut islam.



PERKARA YANG PERLU ORANG RAMAI LAKUKAN KETIKA DATANG BERTANDANG PADA MAJLIS PERKAHWINAN.

1. Hadir dengan buah tangan, hadiah atau duit jika berkemampuan.

2. Orang ramai perlu berjumpa pengantin itu sendiri untuk mengucapkan tahniah jika berkemampuan.

3. Perlu memberi sumbangan pada PENGANTIN ITU SENDIRI bukan ibu bapa pengantin.

4. Orang ramai seharusnya mendoakan kebaikan dan kebahagian pengantin.

5. Jangan berkecil hati jika tidak dijemput ke perkahwinan mereka, tetapi apabila dijemput wajib datang jika berkemampuan.

6. Kita dijemput ke perkahwinan kerana untuk dimudahkan segala urusan ketika bertandang. Malah untuk mendapat berkat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen