Antara Sebab Mengapa Wanita Zaman Sekarang Mahu Lelaki Yang Lebih Educated.

Berpelajaran tinggi adalah menjadi salah satu perkara yang dipandang mulia oleh masyarakat zaman sekarang. Tinggi nya pelajaran seseorang, pasti dapat menggapai pekerjaan yang berjawatan tinggi dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Sudah tentu  jika lelaki yang mempunyai semua ciri ini bakal dikejar oleh ramai wanita hanya kerana kedudukan lelaki tersebut.



Tetapi jangan pula menyalahkan kaum wanita secara total hanya kerana ia pandangan mata kasar mereka sahaja. Pelajaran tinggi, pekerjaan tetap, pendapatan tinggi sudah tentu menjamin hidup masa depan mereka. Ada juga sebahagian daripada lelaki akan mengatakan wanita seperti ini materialistik kerana mahu mengikis harta segala benda.

Adakah anda yakin kaum wanita ini semua materialistik walaupun anda belum pernah hidup bersama?



Jom ketahui mengapa wanita zaman sekarang lebih memilih lelaki educated…

1. Lelaki educated kelihatan berkeyakinan.

Walaupun wanita zaman sekarang kelihatan ego, bekerjaya dan mampu berdikari, mereka masih memerlukan lelaki yang lebih yakin daripada mereka. Jika mereka dapat berdampingan dengan lelaki yang berkeyakinan, secara automatik lelaki ini mendorong wanita untuk menjadi lebih yakin untuk hadapai apa jua situasi.  Kerana itu wanita sebenarnya memerlukan seseorang untuk memimpin mereka.

2. Lelaki educated tidak berbual kosong.

Sebahagian wanita zaman sekarang mudah berasa bosan dengan hubungan cinta hanya kerana seorang lelaki itu tidak tahu isu semasa. Isu semasa tidak semestinya tentang politik semata-mata, sekurang-kurangnya anda perlu mengambil tahu tentang isu-isu baru. Jangan lah teman wanita cerita tentang kejadian 2018, tetapi anda cerita tentang kejadian 2012.



3. Lelaki educated sentiasa ada matlamat hidup.

Salah satu punca wanita bosan dengan lelaki zaman sekarang kerana mereka seperti tidak tahu apa yang mereka perlu lakukan. Seperti tiada matlamat hidup dan wawasan. Segala-galanya hanya dirancang oleh ibu bapa, malah hanya mengikut telunjuk wanita itu sahaja. Tiada inisiatif untuk memajukan diri sendiri dan hanya menunggu rezeki datang bergolek.

4. Lelaki educated kadang kala bijak berjenaka.

Bukan lah pada majoriti, tetapi minoriti lelaki yang bijak berjenaka mampu menarik perhatian wanita kerana lawak jenaka mereka ada isinya. Bermaksud pengajaran yang tersembunyi. Ia bukan hanya sekadar lawak kosong dan lawaknya juga tidak memperkecilkan kelemahan orang lain sebagaimana yang kita dengar dengan lawak zaman sekarang.

Jadi, wahai lelaki jangan dibiarkan otak yang kosong dengan rupa paras yang kacak untuk memikat wanita.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen