Tips Kahwin Bajet.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN?

1. Membuat majlis kenduri hanya sehari sahaja, tidak perlu 3 hari 2 malam seperti puteri raja. Atau sekalikan majlis untuk pengantin.

2. Untuk mendapat baju kahwin yang murah adalah dengan membuat sewa bukannya tempahan yang memerlukan upah menjahit.

3. Jadikan barang KEPERLUAN seperti barang dapur sebagai hantaran, bukan barang KEMAHUAN seperti barang mekap. Ambil gambar atau letak voucer saja.

4. Hadkan jumlah tetamu untuk orang-orang yang rapat sahaja, jika kenalan ramai hebahkan perkahwinan melalui live facebook, live instagram. Mudah.



5. Anda perlu membuat bajet semasa survey untuk catering, jika anda tidak tahu untuk memilih pakej yang mana sesuai pasti mereka memberi cadangan pakej yang mahal.

6. Untuk hantaran jika anda bijak dan kreatif buatlah origami, tidak perlu minta orang gubah. Belajar di youtube sahaja.

7. Buka satu akaun khusus untuk Projek Kahwin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih. Jangan guna kad kredit sama sekali.

8. Jika rajin dan mahu mencuba nasib, masuk pertandingan yang memenangi hadiah pakej honeymoon.



APA YANG ANDA PATUT ELAKKAN?

1. Jangan tempah kad kahwin yang terlalu mahal, tetapi selepas majlis orang buang ketepi.

2. Jangan berlumpa siapa yang boleh bagi hantaran lebih banyak.

3. Jangan hadir ke pameran perkahwinan, lihat di online sahaja. Jika disana anda akan terpengaruh dengan "Alah kawin sekali nie saja, apa salahnya"

4. Jangan buat majlis pada waktu cuti sekolah kerana semua kos akan jadi mahal. Ketika ini lah jurumekap mark up harga, tempahan sudah penuh dan menjadi mahal.

5. Jangan guna DJ atau set karoke. Pasang lah lagu yang sedap didengar dan TIDAK BISING.

6. Jangan membuat PINJAMAN PERIBADI semata-mata untuk nampak gah dimata orang ramai.



7. Elakkan pembaziran seperti..

Ada sudut bergambar berserta props seperti misai palsu, topi, cermin mata dan sebagainya…

Ada sudut menyediakan lolipop, candy dan coklat milk untuk anak-anak kecil…

Banner dan bunting yang besar berserta gambar pengantin…

Ruang karoke untuk orang menunjukkan bakat nyanyi walaupun suara tidak sedap…

Ada menu tambahan rusa golek dan kijang panggang….

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen