Wanita Akan Bertambah Cantik Jika…

Bagaimana untuk menjadi wanita yang cantik pada luaran dan dalaman? Adakah dengan kecantikan diluaran sahaja mampu menawan hati lelaki?

Jom ikuti tips dibawah untuk menjadi lebih cantik bak wanita melayu terakhir…

1. Tahan mulut daripada terbuka ketika menguap. Semasa tahan, kemungkinan hidung akan mengembang. Cubalah tahan hidung daripada mengembang. Jika tidak boleh, tutuplah hidung. Hehe..

2. Elakkan ketawa terbahak-bahak. Ketawa tanpa suara didengar. Kadang-kadang tidak perlu membuka mulut terlalu besar, cukuplah senyuman sebagai tanda gembira. Itu lebih manis.



3. Berjalanlah lurus dengan postur tegak, tetapi tidak perlulah terlalu mendada. Kawal kaki supaya tidak kengkang, tidak juga ke dalam. Jalan pantas dengan penuh keyakinan.

4. Pakai tudung dan baju yang mempunyai keseragaman warna. Elakkan warna yang terlalu terang. Pakaian berwarna gelap dan kosong serta tidak terlalu banyak corak membuatkan wanita ini kelihatan elegen.

5. Berdiri dengan gaya yang sopan. Duduk dengan gaya yang sopan. Bagaimana? Jangan kelam kabut. Susun pergerakan. Lihat dan perhati di mana letaknya tangan, di mana letaknya kaki.



6. Sentiasa senyum. Apabila dipandang oleh sesama jantina, berikan senyuman disertai dengan anggukan, dan lebih cantik lagi disertai dengan ucapan salam. Untuk yang berlainan jantina, sila tundukkan pandangan. Tetapi untuk majlis yang tertentu, adakalanya anda perlu bertindak profesional, tetapi masih meminimumkan pergaulan dengan mereka.

7. Pastikan setiap hari anda memakai pakaian yang baru. Jangan mengulang pakaian minggu lepas ke hari ini. Tukar anak tudung setiap hari. Pastikan yang baru.

Tukar baju luar dan dalam setiap hari. Pastikan yang baru. Walaupun anda memakai pakaian tersebut hanya untuk 30 minit. Sama jugalah dengan tudung yang anda pakai. Elakkan mengulang-ulang. Kekadang tidak perlukan minyak wangi, baju yang baru memberi bau haruman  kepada orang di sekitar anda.



8. Pastikan anda membawa cermin muka ke mana sahaja anda pergi. Selepas makan, pastikan tiada sisa makanan melekat pada gigi. itulah fungsinya cermin muka. Lihat juga ketika bila-bila masa yang anda rasa perlu. Contohnya di awal pagi ketika sampai di tempat kerja. Mungkin anda tidak perasan ada sesuatu di muka yang boleh memalukan anda.

9. Bercakap dengan nada yang lembut. Tidak perlu terlalu lembut. Tidak perlu pula terlalu membesarkan suara sehingga semua orang boleh kenal suara anda sejauh 1000 meter.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen