Perkara-Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mengelakkan Pasangan Anda Berlaku Curang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua orang yang bercinta pasti takut sekiranya pasangannya berlaku curang dibelakngnya. Hal ini kerana, kehadiran orang ketiga di dalam satu hubungan hanya akan membawa pelbagai masalah. Bukan hanya itu sahaja, kemungkinan besar hubungan akan terputus ditengah jalan dan anda akan mengalami kelukaan. Oleh itu ramai orang akan cuba untuk menjaga pasanga mereka dengan sebaik yang mungkin. Berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan pasangan anda berlaku curang.



1. Pegang pada komitmen hubungan.

Anda perlu tahu anda sedang mempunyai komitmen hubungan terhadap seseorang, maka dengan itu jangan pernah cuba untuk mengabaikan dirinya dan hubungan anda mengenai perkara-perkara yang remah. Sebagai contoh, anda mengabaikannya demi bersama-sama rakan anda, ataupun hanya menumpukan permainan yang menyeronokkan.

2. Jangan mudah cemburu buta.

Cemburu buta adalah satu perkara yang anda perlu elakkan. Jangan terlalu cemburu akan sesuatu yang tidak pasti. Adalah lebih baik anda cuba untuk memintanya berterus terang akan perkara yang anda ragukan.

3. Hormati privasinya.

Walaupun anda adalah pasangannya, itu tidak bermakna anda perlu menceroboh segala privasinya. Anda seharusnya memberikan dirinya ruang untuk dirinya sendiri. Hal ini akan membuat anda kelihatan pasangan yang begitu memahami.


4. Berikan perhatian.

Setiap pasangan mahukan perhatian yang penuh dari orang mereka sayangi. Maka dengan itu, anda seharusnya beri pasangan anda satu perhatian yang penuh, di mana anda perlu menjadi pendengar setia ataupun tempatnya bermanja.

5. Kreatif dalam hubungan.

Jika anda mahukan hubungan yang tidak membosankan, maka anda perlu menjadi seseorang yang kreatif. Anda tidak boleh hanya mengharapkan dirinya sahaja yang memberi usaha yang menrik dalam hubungan anda.

Orang kata kalau kita pandai menjaga pasangan, peluang untuk pasangan berlaku curang itu akan semakin tipis. Tetapi anda harus ingat, jika dia sememangnya bukan untuk anda, cara apa yang anda gunakan masih lagi anda tidak mampu untuk memilikinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen