Bukan Mudah Tugas Seorang Bridesmaid, Ini Dia 6 Tugas Seorang Bridesmaid.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tugas menjadi seorang bridesmaid ini bukanlah terlalu mudah seperti yang disangkakan. Boleh hal ini kerana, seorang bridesmaid atau lebih dikenali sebagai pengapit ini perlu mahir mengawal banyak keadaan pada hari kejadian. Bukan hanya selfie di hadapan kamera dan makeup cantik-cantik sahaja. Mari ketahui apa tugas sebenar bridesmaid.



1. Menjawab segala ucapan tahniah melalui telefon bimbit pengantin.

Tidak semua orang boleh hadir ke majlis perkahwinan tersebut, jadi pasti akan anda yang menghantar ucapan tahniah melalui kiriman mesej atau Whatapp. Maka bridesmaid perlu membalas segalanya dengan nada yang betul.

2. Tahu peta rumah pengantin.

Apabila rakan-rakan pengantin yang tidak pernah hadir ke rumah tersebut pasti akan menghubungi pengantin bukan? Tak akan pengantin yang perlu menjawab segala panggilan serta menjemput tetamu yang datang selamat tiba ke rumah tersebut. Sudah pastilah bridesmaid yang akan lakukan semua perkara itu.

3. Mengingati segala hal yang kecil dan penting.

Apabila saat gemuruh, sudah pasti segala perkara penting akan mudah terlupa. Maka bridesmaid lah yang akan mengingati segala hal. Sebagai contoh, ic, cicin batal air sembahyang serta dokumen-dokumen yang lain.

4. Memastikan makeup pengantin tidak bercapuk.

Sebagai seorang pengapit di atas pelamin bersama pengantin, anda perlu memastikan dirinya mendapat angin yang cukup. Bukan itu sahaja, makeupnya perlu dijaga dengan membawa span atau tisu agar tidak bercapuk terkena peluh.


5. Memastikan pengantin perempuan makan.

Mungkin pengantin akan terlalu risau dan sibuk hingga melupakan waktu makannya. Maka sebagai pengapit, anda harus menyuruh pengantin makan walaupun sedikit bukan itu sahaja, anda tidak seharusnya membiarkan dia kehausan dan kelaparan.

6. Pandai mencari kerja yang lain.

Bukan kerana anda seorang pengapit anda tidak perlu melakukan kerja-kerja yang lain. Apabila anda tidak memiliki kerja anda seharusnya bijak mencari kerja. Sebagai contoh, anda boleh membantu mengangkat serta membagi goodies.

Jangan ingat kerja sebagai bridesmaid ini mudah ye. Anda bukan hanya perlu melawa dan memenuhi ruang sahaja. Anda juga perlu melakukan kerja demi meringankan beban pengantin serta tuan rumah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen