8 Perkara Yang Lelaki Sangkakan Romantik, Tetapi Tidak Bagi Wanita.

Sebagai kaum wanita sudah tentu memiliki teman lelaki atau suami yang romantik adalah salah satu aspek yang utama yang mereka mahukan dalam diri seorang lelaki. Definisi romantik bagi kaum wanita adalah dengan memahami emosi mereka, dan mengetahui maksud tersirat dari segala kata-kata yang diucapkan oleh mereka.

Namun, definisi romantik bagi lelaki adalah dengan meluahkan perasaan melalui perbuatan. Perbezaan ini lah kadang-kala mengundang kemarahan bagi kaum wanita, malah ia amat menjengkelkan.



Jadi, jom ketahui antara perkara yang dilakukan oleh lelaki dianggap romantik, tetapi tidak bagi wanita…

1. Terlalu kerap memberi bunga berserta nota kecil.

Zaman sekarang, memberi bunga pada kaum wanita amat jarang terjadi kerana bagi mereka kuntuman bunga tidak boleh dimakan. Tidak salah untuk memberi wanita bunga, tetapi jangan pula terlalu kerap. Bunga adalah penting ketika hari kejadian seperti hari jadi, anniversary atau pun ketika mahu memujuk.

2. Mengusik sebutan pelat.

Jika pasangan anda pelat menyebut huruf ‘R’ atau ‘S’, pasti ia selalu menjadi bahan lawak atau usikan antara rakan-rakan mereka. Anda pula sebagai pasangan mereka sering pula mengusik pelat tersebut, jika memiliki pasangan yang berjiwa sensitif elakkan daripada mengusik mereka terlalu kerap. Ini kerana mereka mengandaikan anda tidak boleh menerima kelemahan mereka.



3. Memberi kejutan dengan makan malam yang terlalu mahal.

Memiliki teman lelaki yang kaya sudah pasti ia satu bonus, tetapi jika anda memiliki teman wanita yang hidup serba sederhana tidak perlu ambil hati mereka dengan makan mahal di restoran yang fancy berserta lampu chandelier. Tidak sesuai.

4. Memberi kejutan dengan hadiah yang terlalu mahal.

Seperti point diatas, jika teman wanita hidup dalam keadaan sederhana tidak perlu memberi hadiah yang mahal, kerana bagi mereka duit itu lebih penting untuk majlis perkahwinan kelak.



5. Berebut dengan lelaki lain untuk memiliki teman wanita.

Sebenarnya kaum wanita amat pantang jika teman lelaki mereka bergaduh dan berebut dengan lelaki lain, semata-mata mahu memiliki teman wanita mereka. Perkara ini amat memalukan dan menjatuhkan maruah mereka. perkara ini hanya dilakukan oleh lelaki yang tidak matang sahaja.

6. Memberi kejutan dengan tiba-tiba sahaja berada di depan rumah.

Hati-hati! Wanita amat sensitif jika ia berkaitan dengan rumah kerana jika anda datang secara mengejut terutama pada waktu malam atau waktu untuk rehat, mereka pasti merungut untuk bersiap memakai tudung.



7. Double date.

Kebanyakan wanita tidak suka double date kerana situasi ini amat kekok jika ia bukan dari golongan rakan-rakan mereka sendiri.

8. Memberi kejutan di tempat kerja.

Dimudahkan cerita wanita sebenarnya tidak suka berasa malu dikhalayak orang ramai. Perkara ini amat memalukan jika teman wanita bekerja bahagian Retail, pasti terlalu ramai orang akan melihat aksi romantik kalian.

Namun ia terpulang pada individu.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen