Pasangan Introvert Lebih Setia? Mari Kenali Mereka Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Introvert? Bagaimana orangnya? Seronok kah kalau bercinta dengan mereka yang jenis senyap ini? Sudah pasti mereka ini lebih menyeronokkan dan membahagiakan. Banyak kelebihan sekiranya anda bercinta dengan mereka yang introvert ini taw. Mari ketahui sikap si introvert.



1. Boleh memahami anda dengan lebih baik.

Diam-diam ubi berisi taw mereka ini. Mana tidaknya, ketika mereka senyap itu, mereka akan perhatikan anda sehingga dapat memahami anda melalui gaya percakapan dan perbuatan anda. jadi mudahlah mereka ini mengetahui apa yang tidak kena pada anda.

2. Penyayang.

Untung siapa yang bercinta dengan golongan introvert ini, mereka ini dikatakan mempunyai sifat penyayang yang tinggi. Anda pasti mudah melihat mereka melayani anda dengan penuh kasih sayang. Pasti mereka ini akan manjakan anda.

3. Seorang yang setia.

Susah nak jumpa pasangan yang setia pada masa ini. Mereka ini dikatakan sangat terhad kerana sikap setia mereka terhadap pasangan mereka. Mereka juga sangat pentingkan komitmen terhadap hubungan.


4. Pendengar terbaik.

Mereka hanya akan mengeluarkan pendapat apabila perlu. Bukan itu sahaja, mereka akan dengar apa yang anda luahkan secara teliti. Dan yang paling penting mereka tidak akan mencelah sehingga anda habiskan kata-kata anda.

5. Romantik dengan gaya mereka tersendiri.

Jangan ingat mereka ini senyap bermakna tidak tahu perkara yang romantik. Boleh jadi mereka ini lebih romantik dari anda sangkakan. Mereka ada gaya yang tersendiri romantik yang mampu memikat hati anda.

Cuba dulu untuk bercinta dengan mereka ini. Anda pasti berpuas hati dan gembira dalam menjalinkan hubungan ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen