Tips Perkahwinan: 3 Persediaan Asas Untuk Bakal Pengantin.

Apabila anda dengan pasangan telah bersatu hati untuk menamatkan zaman bujang, anda perlu ada persediaan asas ini. Jika tertinggal salah satu daripadanya, berkemungkinan alam perkahwinan anda tidak mencapai barakah Ilahi.

Jom ketahuinya..

1. Mendapat restu ibu bapa.

Yang paling utama adalah mendapat restu daripada ibu bapa (jika masih mempunyai ibu bapa) berserta ahli keluarga. Anda perlu berbincang secara baik dengan ahli keluarga dan nyatakan hasrat kalian berdua. Insya Allah jika perkara yang baik seperti mendirikan masjid, pasti Allah permudahkan. Minta nasihat dan panduan dalam melayari kehidupan berumah tangga ini.



2. Kewangan.

Persediaan kedua yang paling penting adalah kewangan. Walaupun majlis dalam keadaan sederhana dan tidak bermewah-mewahan, masih juga perlukan sedikit kewangan untuk Mas Kahwin, Majlis makan-makan untuk orang terdekat dan sewa baju persalinan. Kedua-dua pihak perlu saling bekerjasama dan bantu-membantu. Jangan terlalu boros berbelanja sebaliknya menggunakan apa sahaja yang ada untuk keperluan harian.

3. Persediaan mental dan fizikal.

Setiap fasa perkenalan pasti adanya dugaan, bertunang adalah permulaan untuk pasangan mengharungi rintangan yang sebenar sebelum berkahwin. Tetapi alam perkahwinan lah dugaan yang paling besar dan mencabar kerana telah hidup berduaan. Jadi, harus persiapkan persediaan mental dan fizikal seperti…



ILMU TANGGUNGJAWAB.

Baik bakal suami atau isteri, kedua-duanya perlu bersikap lebih matang dalam mengemudi bahtera rumah tangga yang mahu dibina. Jika bakal isteri tidak matang, suami boleh ajar perlahan-lahan kerana keputusan berkahwin ini adalah keputusan bersama.

Anda berdua perlu tahu tanggung jawab dan peranan masing-masing sebagai suami dan isteri. Jangan lepas tangan sahaja dan jangan lupa juga pada tanggungjawab kepada ibu bapa dan mertua.



Walaupun sudah berkahwin tanggungjawab isteri adalah untuk suaminya. Suami pula harus menjalankan tanggungjawab kepada ibu bapa mertua seperti tanggungjawab kepada ibu bapanya. Isteri juga perlu menghormati ibu bapa si suami seperti si suami menghormati ibu bapanya.

ILMU AGAMA.

Kesempurnaan tidak dimiliki oleh manusia. Tetapi jangan jadikan alasan itu sebagai alasan untuk tidak tahu serba sedikit pun tentang agama. Bagaimana mahu menjadi suami untuk membimbing isteri sedangkan diri sendiri tidak mampu diuruskan. Jadi sebagai lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga seeloknya anda belajar dahulu tentang agama. Walaupun tidak banyak yang dipelajari, tetapi sekurang-kurangnya mampu untuk menjadi imam pada wanita yang dicintai apabila sudah berkahwin nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen