Bagaimana Untuk Bertemu Dengan Lelaki Single?

Kaum wanita zaman sekarang bagaikan tertanya-tanya dimanakah lelaki bujang sering meluangkan masa? Malah mereka sering persoalkan, adakah lelaki bujang yang baik hati telah pupus? Ketahuilah wahai wanita masih ada lagi kaum lelaki yang bujang dan baik hati, jika tidak bertemu dengan mereka di sosial media mungkin mereka…

1. Meluangkan masa di Gym.

Gimnasium adalah tempat ‘permainan’ bagi lelaki zaman sekarang. Lelaki bujang yang gemar meluangkan masa disini kadang-kala tidak suka dengan topik cinta malah perkahwinan. Jadi disini lah tempat mereka menghiburkan hati sendiri supaya tidak disogokkan dengan topik tersebut. Cubalah nasib anda dengan pergi bersenam selepas waktu pejabat, mungkin si dia yang anda cari ada di situ.



2. Bersukan.

Terutamanya bola sepak atau futsal. Lelaki yang jarang bersosial di laman sosial media, lebih gemar fokus pada alam realiti dihadapan mereka, oleh kerana itu mereka jarang muncul di sosial media. Jadi mereka lebih gemar bersukan dan melakukan aktiviti yang lebih praktikal. Aktiviti sihat ini boleh mendekatkan anda dengan ramai lelaki bujang kerana gelanggang futsal menjadi tumpuan mereka, tidak kiralah pada hari minggu atau hari biasa.

3. Kedai mamak atau gerai tepi jalan.

Lelaki single lebih suka meluangkan masa di tempat sebegini kerana jimat. Dengan ekonomi zaman sekarang, jika mereka mampu untuk makan sekali sahaja dalam sehari, pasti mereka akan lepak di tempat sebegini usai sahaja waktu pejabat.Tempat disini juga kadang kala tempat orang ramai untuk menonton perlawanan bola sepak pada waktu malam.



4. Kenduri Kahwin.

Mungkin faktor anda masih sendiri adalah kerana malas untuk ke jemputan kahwin. Bak kata orang tua-tua, pergi ke jemputan kahwin itu penting bagi mereka yang bujang untuk mengambil berkat. Tetapi mengikut logiknya, di situlah ramai lelaki bujang berkumpul untuk meraikan rakan mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

5. Laman mencari jodoh.

Tidak dinafikan pada zaman sekarang, lebih ramai yang gemar duduk di hadapan komputer di rumah. Oleh kerana jarang keluar bersosial, anda tidak berkesempatan untuk bertemu dengan ramai orang. Jadi, apa kata anda cari mereka di laman sosial. Lihat sahaja pada mana-mana laman mencari jodoh, ada sahaja lelaki bujang yang masih mencari jodoh.

Mana tahu berkemungkinan anda terlalu memilih untuk paras rupa yang terlalu kacak, pasti ada sahaja lelaki single dan sederhana yang mampu untuk menerima anda seadanya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen