Dah Bersedia Nak Kahwin?

Oleh: Rafi

Nah satu soalan untuk anda - anda benar-benar dah bersedia untuk berkahwin? Hampir semua orang fikir yang mereka sudah bersedia untuk bernikah, tapi kadang-kadang realitinya begitu jauh sekali! Jadi di sini kami senaraikan 15 tanda-tanda anda benar-benar sudah bersedia untuk berkahwin;



1. Anda sibuk merancang masa depan anda dan bukannya hanya merancang majlis perkahwinan.

2. Tujuan anda berkahwin adalah untuk membahagiakan orang lain, bukannya mengharap pasangan anda akan menyelesaikan segala masalah hidup anda. Memberi, bukan menerima.

3. Anda mahu sama-sama dengan pasangan anda menuju ke Syurga.



4. Anda menghargai perbezaan individu, berfikiran terbuka, dan boleh menerima pendapat orang lain.

5. Anda faham bahawa perkahwinan memerlukan tolak ansur dan anda bersedia untuk berkorban.

6. Anda tak hanyut dalam angan-angan cinta seperti dalam drama - kerana anda tahu bahawa realiti hidup tak selalunya berkait tentang cinta tapi ianya memerlukan kerja keras!

7. Anda mahukan soul mate dan bukannya seseorang yang hanya memilih anda bila-bila masa yang disukainya.

8. Anda betul-betul faham bahawa perkahwinan memerlukan pengorbanan dan anda tak mengharapkan pasangan anda untuk melakukan segala-galanya untuk anda.



9. Anda mampu menyediakan keperluan pasangan anda. Untuk lelaki, ini bermakna anda perlu ada sumber pendapatan yang stabil. Untuk perempuan, ini bermakna anda perlu menyokong suami anda supaya dia boleh menyediakan keperluan anda.

10. Anda faham yang perkahwinan adalah sebuah perkongsian. Sesebuah perkahwinan tak akan berjaya kalau hanya salah sorang pasangan sahaja yang sentiasa berusaha untuk kekalkan hubungan.

11. Anda mempunyai tanggungjawab dan kematangan untuk menjaga pasangan anda tak tidak hanya memikirkan tentang diri sendiri sepanang masa.

12. Anda yakin dan selesa dengan diri sendiri. Anda tak perlukan orang lain untuk meyakinkan anda tentang diri sendiri.



13. Anda tahu apa yang aanda mahukan dalam pasangan hidup anda.

14. Rancangkan masa depan anda merangkumi hidup anda dengan pasangan anda, bukan hanya diri sendiri.

15. Anda berkahwin dengan niat untuk benar-benar melengkapi separuh agama anda, dan anda sanggup melakukan apa saja untuk memastikan rumahtangga anda bahagia

Jika anda boleh mengenal pasti dan menerima realiti ini, ini adalah satu tanda pasti bahawa sesungguhnya, anda sudah bersedia untuk berkahwin!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen