Bernikahlah kerana Ilahi.

Kadang-kala kita menjadi terlupa, apakah sebab utama segala persiapan yang dilakukan menjadi gagal? Kita sering memikirkan segala persiapan yang dilakukan hanya untuk dalam jangka masa yang pendek dan bukannya dalam jangka masa yang panjang. Kita menyiapkan segala persediaan perkahwinan pada hari ini untuk menggembirakan hati kita sendiri malah orang yang datang bertandang hanya pada hari tersebut.

Tetapi adakah kita mempersiapkan diri kita untuk berfikir;

“Ouh, aku berkahwin kerana Ilahi”,

“Aku berkahwin kerana ia adalah Sunnah Nabi”,

“Aku berkahwin kerana ingin menyambung zuriat anak Adam”

Persiapan pernikahan malah perkahwinan yang effektif akan banyak mempengaruhi dalam pencapaian kebahagiaan dan barakah dalam sesebuah hubungan suami isteri. Jika kita bernikah kerana Allah SWT, kerana Ilahi pasti barakah itu akan berlangsung sehingga ke syurga. Insya Allah.

Oleh kerana itu pentingnya untuk bernikah melihat kepada niat di dalam hati. Niat ini berkait rapat dengan motif dan tujuan yang ingin kita lakukan sesuatu perkata. Secara umumnya persediaan kita untuk mengharungi komitment, terutamanya bersama pasangan tercinta.

APAKAH NIAT KITA UNTUK BERNIKAH?



Wajib untuk kita sebagai orang muslim berniat kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ini kerana pernikahan ternyata disebut di dalam Al-Qur’an seperti Allah SWT berfirman;

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur: 32)

Malah apa yang telah Allah SWT berfirman pada ayat al-qur’an di atas, Dia akan memberi rezeki yang melimpah ruah jika kita bernikah kerana-Nya. Subhanallah.

Bahkan ditegaskan oleh Nabi, siapa yang menolak sunnahku (termasuk menikah), ia bukan termasuk umatku. Jika bukan umatnya, kepada siapa lagi akan meminta syafa’at di Hari Akhirat kelak?



Secara teori amat mudah untuk menyebut, “Aku bernikah kerana Allah SWT”, tetapi sukar untuk dipraktikkan kerana kita hanya manusia biasa dan mudah lalai dengan kebendaan dan duniawi.

Jika anda bernikah kerana Allah SWT, maka semuanya akan mudah kerana tiada satu pun aturan-Nya yang menzalimi manusia....

Jika anda bernikah kerana Allah SWT, maka alasan-alasan duniawi tidak lagi menjadi prioriti. Sebab menikah bukan soal harta, rupa, dan sejenisnya tetapi tentang ibadah yang mendekatkan seorang hamba kepada Allah Ta’ala hingga ke syurga dan pertemuan dengan-Nya....

Jika bernikah kerana Allah SWT, Insya Allah tiada apa yang merumitkan malah menyulitkan kerana semua aturan-Nya mudah. Dia Maha Memudahkan....



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen