Antara Kepentingan Solat Tahajjud Untuk Pasangan Yang Telah Berkahwin.

Sebelum bertemu jodoh sudah pasti kita sedaya upaya berusaha untuk menjemput jodoh dengan solat Istikharah, Solat Hajat dan Tahajjud. Namun, jangan lupa apabila telah bertemu jodoh dan melangsungkan perkahwinan, Solat Tahajjud itu penting untuk diteruskan kerana….



1. Pasangan akan dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang.

Setiap pasangan suami isteri pasti inginkan keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu bermaksud ketenangan dimana suami isteri akan berkejar untuk meluangkan masa di dalam rumah berbanding di luar rumah. Ini kerana rumah itu adalah ketenangan bagi pasangan.

Manakala Mawaddah itu perasaan cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Cinta ini adalah untuk memenuhi tuntutan zuriat demi kebahagiaan dalam kekeluargaan. Dan Rahmah adalah untuk suami isteri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajjud, Allah akan memberikan rahmatNya.

Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga.



“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu solat dan dia pun membangunkan isterinya lalu sang isteri juga solat. Bila isteri tidak mau bangun, dia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu dia solat dan dia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya.” (HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)

2. Dicatat sebagai orang-orang yang selalu mengingat Allah SWT.

Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingati-Nya. Sebab Allah telah menjanjikan, siapa yang mengingat-Nya maka Allah akan mengingat orang tersebut.



Disaat ada masalah pasti akan ditolong oleh Allah….

Disaat memerlukan sesuatu akan dibantu oleh Allah….

Disaat dizalimi akan dibela oleh Allah….

Suami isteri yang saling membangunkan untuk solat tahajud meskipun hanya dua rakaat, mereka berdua pasti akan dapat keistimewaan ini.

“Jika seorang laki-laki membangunkan isterinya di waktu malam lalu keduanya solat, atau solat dua rakaat bersama, maka keduanya ditulis dalam kelompok orang-orang yang selalu mengingati Allah SWT” (HR. Abu Daud, An Nasa’i dan Thabrani).



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen