Wanita Mudah Emosi? 5 Sebab Mengapa Mereka Ini Mudah Marah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Marah atau beremosi dengan tiba-tiba kerap berlaku pada seorang wanita. Mereka ini juga kerap kali tidak tahu punca sebenar mengapa mereka marah tidak tentu pasal. Rasa marah pada dasarnya merupakan hal yang wajar, karena setiap manusia diciptakan memiliki emosinya sendiri-sendiri. Namun, apabila rasa marah itu muncul begitu saja pada pasangan tanpa alasan yang jelas maka pasti itu membuat pasangan berasa bingung. Berikut sebab mengapa wanita marah tidak tentu masa.



1. Kurang mendapatkan perhatian.

Perhatian sering kali menjadi hal penting dalam sebuah hubungan. Wanita selalunya inginkan perhatian yang lebih. Apabila mereka ini mula diabaikan mereka akan mencari punca untuk bergaduh ataupun anda memberi perhatian kepada diri mereka semua.

2. Kepenatan.

Wanita memerlukan lebih banyak waktu rehat dan tidur. Apabila mereka tidak cukup akan dua perkara ini, mereka akan mula tidak pandai mengawal emosi mereka. Mereka juga lebih cenderung untuk marah tanpa sebab terhadap pasangan mereka.

3. Merasa curiga.

Berhati-hatilah anda wahai kaum lelaki. Wanita ini akan marah apabila mereka merasa curiga terhadap anda. Terutama mereka melihat sesuatu perkara yang tidak disukai dilakukan oleh anda. Jangan biarkan kecurigaan ini mendatangkan pelbagai masalah dengan menimbulkan emosi yang tidak baik pada pasangan.


4. Rasa kecewa.

Tiada manusia yang sempurna lari dari kesilapan. Begitu juga dengan anda, tanpa anda menyedari bahawa anda telah membuat kesilapan yang membuatnya kecewa. Wanita lebih kerap marah apabila dia merasa telah kecewa dengan pasangannya. Ketidakpuasan adalah apa yang menyebabkan dia tiba-tiba marah tanpa sebab kepada anda.

5. Rasa tidak dihargai.

Semua orang mahu merasa disayangi dan dihargai oleh pasangan mereka, terutama wanita. Pada dasarnya, dalam hubungan kita harus menghormati satu sama lain. Biasanya, kerana salah satu pihak ego akhirnya mengakibatkan perasaan diabaikan. Maka dengan itu wanita akan cuba untuk memberontak terhadap perbuatan anda.

Masih terdapat beberapa perkara lain yang boleh membuat wanita marah kerana tidak ada sebab yang tepat. Sebagai pasangan yang baik cuba sensitif terhadap perubahan sikap dan emosinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen