Calon Pilihan Keluarga? Bagaimana Untuk Memupuk Perasaan Cinta Selepas Berkahwin?

Di dalam percintaan, atas dasar suka sama suka sudah menjadi kebiasaan dikalangan pasangan. Zaman dahulu kita boleh menyaksikan sebahagian pasangan berkahwin dengan calon pilihan keluarga, malah bahagia hingga saat kini. Namun ada juga dipaksa kerana untuk mewarisi harta keluarga atau keturunan, masih juga kekal hingga sekarang.

Walaubagaimanapun, adakah masih relevan zaman sekarang untuk ibu bapa menentukan calon untuk anak-anak? Ada dikalangan anak muda lebih memilih untuk mencari calon sendiri kerana bagi mereka cinta tidak boleh dipaksa. Jadi mereka memutuskan untuk mencari jodoh dengan cara sendiri dan berkenalan agak lama sebelum menamatkan zaman bujang.



Namun ada juga dikalangan mereka, masih ingin ibu bapa mencarikan jodoh atau calon kerana lebih percaya dengan ahli keluarga sendiri. Jika baik untuk ibu bapa nya, maka terbaiklah untuk dirinya sendiri. Selain daripada itu, berkemungkinan sudah putus asa untuk mencari sendiri kerana sering gagal dan kecundang ditengah jalan.

JADI, APABILA BERKAHWIN DENGAN CALON PILIHAN KELUARGA, ADAKAH MASIH BOLEH MEMUPUK PERASAAN CINTA?

Pastinya ia boleh berlaku, jika anda sendiri tiada perasaan pada orang lain ketika itu, dan memang mengharap pada ibu bapa sahaja untuk mencari calon.



Berbalik kepada niat kita, adakah kita berkahwin hanya sekadar untuk melepaskan rasa kesunyian dan keseorangan? Jadi, oleh kerana itu jangan lah berkahwin hanya kerana disebabkan perasaan pentingkan diri sendiri.

JADI, BAGAIMANA UNTUK MEMUPUK PERASAAN CINTA SELEPAS BERKAHWIN?

1. Jangan malas untuk sentiasa mengenali pasangan.

Kadang-kala apabila pilihan keluarga ini, anda seperti mengenali pasangan melalui ibu bapa sahaja. Selepas itu anda seperti tidak mengambil tahu perkara yang si dia suka atau tidak. Anda juga seperti tiada inisiaitif mengenali pasangan secara bersua, hanya mendengar daripada mulut orang sahaja.



2. Sentiasa praktis.

Oleh kerana perkenalan anda hanya melalui keluarga dan dalam masa yang singkat, jadi rajin-rajinkan diri untuk mempraktikkan memupuk perasaan cinta tersebut. Ingat, perkenalan anda sebelum bernikah hanyalah singkat sahaja, jadi jangan hanya mengungkap ‘sayang’ atau ‘I love you’, jika tindak tanduk anda seperti tidak menyayangi mereka.

3. Sentiasa meluangkan masa bersama.

Ada dikalangan mereka, tidak tidur bersama kerana belum masih ada perasaan cinta lagi. Jadi, mengapa perlu menjarakkan diri dengan pasangan, jika sering tertanya-tanya bagaimana untuk memupuk perasaan cinta? Apabila anda sentiasa meluangkan masa bersama, berdua…pasti lama-kelamaan, perasaan cinta akan hadir dalam diri.

Oleh sebab itu, jika benar ia atas pilihan keluarga, pastikan anda bersedia menerima orang tersebut dan jangan memaksa diri untuk bernikah secepat mungkin hanya kerana terlalu sunyi.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen