Tips Perkahwinan: Jangan Membuat Persediaan Pada Saat Akhir Ketika Majlis (Bahagian 2)

Majlis hari indah yang anda nanti-nantikan telah tiba, jadi jangan lakukan semuanya last minute dan...

13. Jangan nampak terlalu cemas.

Cuba untuk menarik nafas dengan dalam, dan lepaskan. Jangan terlalu memandang ke satu tempat, cuba memandang ketempat lain juga.

14. Rasa makanan ketika beradap.

Walaupun gementar, sekurang-kurangnya nikmati makanan sedikit yang dihidangkan.

15. Tegur semua tetamu dengan senyuman walaupun penat.

Ketika hari perkahwinan anda, jangan lupa senyum dan membalas teguran mereka, walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu penat anda.



16. Pastikan semua gambar penting telah diambil oleh jurugambar anda.

Pastikan semua pose gambar yang penting dirakam oleh jurugambar. Jika yang memuatnaik gambar pada sosial media seperti Instagram maklumkan pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis itu nanti.

17. Jangan lupa bawa kasut extra yang selesa.

Semua wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah inggeris “Beauty is Pain". Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan sakit dari memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.



18. Pastikan ada seseorang yang boleh menyelamatkan anda daripada tetamu mulut becok.

Tidak kira pengapit atau adik-beradik, pastikan mereka menolong atau lebih mudah menyelamatkan anda daripada tetamu-tetamu mulut becok ini sehingga berdiri tertalu lama. Kerana sudah pasti antara tetamu tersebut ingin berjejak kasih atau berkongsi cerita dengan anda.

19. Meluang masa dengan ibu baba dan ibu bapa mertua.

Ingat, berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun dengan kehidupan baru, mereka tetap diutamakan.



20. Potong kek kahwin secara berhemah.

Jangan lah ketika ini anda dan pasangan mahu menunjukkan aksi-aksi memotong kek yang luar biasa seperti darth vader dengan lightsaber-nya. Cuba lah jadi matang supaya sedap mata tetamu memandang.

21. Senarai lagu yang bertepatan dengan majlis.

Jika anda mempunyai DJ majlis, pastikan memilih lagu yang bersesuaian dan tidak membingitkan telinga tetamu. Tetamu yang datang bertandang adakala mahu berbual sesama sendiri dalam keadaan yang santai dan tidak bising. Tetapi zaman sekarang, nak berbual pun kena menjerit. Kasihan pada tetamu.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen