Mari Ikuti Tips Mencari Kebahagiaan Selepas Berpisah Dengan Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anda terluka, anda tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya. Ketika ini anda lebih banyak bermain dengan emosi yang negatif. Anda sudah penat merasai perkara ini. Banyak kali anda berusaha untuk keluar dari perasaan ini, namun anda gagal. Anda ingin mencari kebahagiaan anda semula, tetapi anda tidak tahu bagaimana permulaannya. Mari ikuti tips ini.



1. Tidak aktif di media sosial untuk seketika.

Media sosial banyak membantu anda untuk hilang rasa kesunyian dalam diri anda. Namun, ia banyak membawa kesan yang negatif kepada anda yang masih lagi mencuba untuk bahagia. Pada ketika ini cuba untuk melepaskan diri anda daripada segala drama yang mungkin membawa kesakitan kepada anda. Elakkan bermain media sosial ketika ini dan lakukan aktiviti yang lain.

2. Cuba meluahkan perasaan dengan menulis atau bercakap.

Jangan sembunyikan perasaan anda. Anda perlu memahami dengan realiti keadaan. Anda perlu cukup berani untuk menghadapi perasaan anda supaya anda boleh berlalu melupakan dia. Luahkan segala yang terbuku di hati melalui cara anda yang tersendiri.

3. Mulakan dengan pertemuan yang baru serta melibatkan diri dengan hobi yang baru.

Teruskan dengan kehidupan anda. Mula menumpukan masa dan tenaga anda kepada perkara-perkara baru. Ini adalah cara terbaik untuk anda berhenti membuang masa untuk mengingati seseorang yang tidak ada lagi. Mencabar diri sendiri dengan meletakkan diri anda di luar zon selesa anda.


4. Tumpukan untuk membina kerjaya anda sendiri.

Luangkan masa untuk berfokus pada diri sendiri. Cari kebahagiaan dalam diri anda. Belajar untuk berdikari. Fahami bahawa anda tidak perlu membazir waktu anda untuk perkara yang merugikan anda. Cuba bangun sendiri mencari kebahagiaan dan kejayaan anda.

5. Kembali mencari pasangan baru.

Apabila hati anda sudah bersedia untuk menerima kehadiran orang baru, cuba untuk mencari dan lebarkan sayap perkenalan anda. Jangan biarkan hati anda yang dilukai dahulu hingga membuat anda tidak mahu mencari pasangan yang baru.

Anda tidak boleh selama-lamanya berada dalam kesedihan. Anda harus berfikiran positif agar kehidupan anda lebih membaik. Bukan itu sahaja, anda juga berhak untuk bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen