Tauladan Daripada Asiah Sebagai Isteri Firaun Yang Begitu Kuat Imannya Pada Allah SWT.

Selain keutamaan Khadijah, Asiah binti Muzahim bin Ubaiduddayyan bin Walind merupakan seorang wanita yang begitu hebat di zaman kekuasaan Firaun iaitu suaminya. Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.



“Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak.” Ungkapan Asiah ketika menerima seksaan dari Firaun yang dilaknat.

ASIAH ADALAH WANITA PERAIH JANJI SURGA

Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah diabadikan di dalam Al-Quran seperti firman Allah SWT :

“…perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim" (At-Tahrim: 11)

ASIAH ADALAH WANITA YANG TIDAK GENTAR DARI SEKSAAN SUAMINYA

Ia selalu menerima dengan sabar dan selalu tersenyum saat siksaan itu di tubuhnya. Hingga Allah mengangkat darjatnya menjadi ciri-ciri wanita penghuni surga yang paling mulia.



ASIAH ADALAH WANITA YANG ALLAH SWT ANGGAP PALING SEMPURNA DIANTARA WANITA-WANITA LAIN

Rasulullah SAW bersabda:

“Yang mulia diantara sang jejaka itu ramai, tetapi tidak ada yang lebih sempurna di kalangan wanita selain Asiah istri Firaun dan Maryam bin Imran. Dan sesungguhnya keutaamaan Asiah diantara wanita lainnya seperti keistimewaan sebuah Tsarid daripada semua jenis makanan.”

ASIAH ADALAH SEORANG RATU YANG RELA MENINGGALKAN GEMERLAP KEMEWAHAN DEMI MENAATI PERINTAH ALLAH SWT

Seorang ratu bermahkota dengan kemewahan emas dan permata yang sangat luar biasa tetapi demi taat pada perintah Allah SWT beliau sanggup menundukkan nafsunya. Mana tidaknya, harta dan kemewahan di depan mata, yang diidam-idam oleh setiap wanita. Sudah tentu wanita yang cintakan dunia tertunduk dengan semua itu.



ASIAH ADALAH WANITA PALING BIJAKSANA DAN BERPANDANGAN JAUH.

Tidak membuat keputusan untuk melarikan diri daripada suaminya yang mengingkari Tuhan. Namun, memilih untuk bersabar. Beliau menunggu ganjaran Allah dan langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa dirinya kerana keyakinannya yang begitu tinggi bahawa tiada sia-sia setiap ketetapan Allah itu walaupun derita yang diperolehnya setiap saat. Ganjaran dan tujuan hidupnya sangat jelas iaitu hidup dan mati kerana Allah.

Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah sejati…



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen