Cara Tampil Lebih Cantik Secara Ringkas Ketika Bertemu Dengan Kekasih Hati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kelihatan cantik di hadapan pasangan adalah perkara yang dititikberatkan sebelum berjumpa dengan pasangan. Rata-rata wanita akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan diri mereka sebelum berjumpa dengan kekasih hati mereka. Namun begitu, ia pasti akan melecehkan pasangan anda apabila anda mengambil masa untuk bersiap terlalu lama. Mari ketahui lima cara tampil lebih cantik secara ringkas dihadapan pasangan anda.



1. Kekemasan ketika berpakaian.

Pastikan anda memakai pakaian yang kemas. Di mana ia tidak kotor, berbau masam ataupun tidak bergosok. Hal ini kerana, penampilan yang kemas ini akan membuktikan siapa anda yang sebenarnya. Bukan itu sahaja, pastikan juga warna dan corak pada pakaian anda tidak terlalu menonjol pada pandangan mata kekasih anda.

2. Pastikan badan dan mulut tidak berbau.

Perkara ini adalah yang paling penting. Untuk memberi dirinya keselesaan apabila berbual dengan anda, pastikan anda tidak ada masalah bau badan serta mulut berbau. Jika anda mempunyai masalah seperti ini cuba cari petua yang mampu merawatnya. Jika tidak ia pasti membuat pasangan anda berasa tidak selesa dengan anda.

3. Jaga kesihatan kulit muka.

Makeup mahupun tidak makeup adalah perkara yang tidak penting. Tetapi pastikan anda mempunyai kulit muka yang baik. Hal ini kerana, kulit muka yang baik akan menambah sedikit keyakinan serta serlahkan sedikit seri di wajah anda. Tidak mengapa jika muka mengalami masalah, tetapi jangan terlalu tebal memakai makeup.


4. Memakai pakaian yang menutup aurat.

Memakai pakaian yang menutup aurat juga akan membuat anda kelihatan cantik di pandang si dia. Maka dengan itu cuba memakai pakaian yang menutup aurat ketika keluar dari rumah. Selain kelihatan cantik, anda juga mampu melindungi perbuatan anda dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

5. Pastikan kekemasan bertudung.

Bukan hanya pakaian sahaja penting, kekemasan tudung juga perlu dititikberatkan. Pastikan anda memakai tudung mengikut keselesaan anda. Bukannya memakai mengikut gaya tetapi ia akan kelihatan tidak sesuai pada bentuk wajah anda. Jadi buat pemilihan gaya tudung yang bijak.

Cantik itu adalah subjektif, maka ia boleh jadi kepelbagaian. Jadi jangan terlalu risau akan penampilan diri anda. Jika dirinya telah jatuh sayang pada anda, anda pakai apa sahaja akan cantik di matanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen