3 Cara Untuk Meminimumkan Konflik Perhubungan Jarak Jauh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai orang beranggapan bahawa hubungan jarak jauh ini sering kali tidak akan menjadi. Bukan hanya itu sahaja, ia juga akan hanya melukakan pasangan yang menunggu berbanding pasangan yang pergi. Baik dalam percintaan mahupun perkahwinan perhubungan jarak jauh ini sering kali terdedah kepada masalah. Perhubungan jarak jauh ini melakukan banyak perkara yang menyakitkan. Sebagai contoh hubungan yang rumit, mempertahankan hubungan serta menunggu seseorang yang tidak tahu bagaimana perasaannya.



Namun begitu, apa yang anda boleh lakukan untuk hubungan jarak jauh seperti ini? Berikut adalah tiga cara untuk meninimumkan konflik yang berlaku dalam hubungan tersebut.

1. Forget and forgive.

Perkara yang paling asas dalam hubungan ini adalah anda perlu lah melupakan dan memaafkan kesalahan pasangan anda. Mengapa perlunya kemaafan yang pantas? Hal ini kerana jika tidak memaafkan pasangan anda, anda akan mengalami kesukaran untuk berbaik dengan dirinya. Bukan itu sahaja, anda akan pasti akan menyimpan kemarahan anda.

Apa kepentingan melupakan perbuatan tersebut? Jika anda tidak melupakan kesalahan maka ia akan menjadi racun dalam hubungan anda, mana tidaknya anda pasti akan mengingati perbuatan tersebut serta akan mengungkitnya kembali.

2. Amanah terhadap hubungan.

Kedua-dua belah pihak perlu jujur dengan perasaan masing-masing. Di mana adakah salah seorang dari anda sanggup untuk terus menunggu dan bertahan dalam hubungan ini. Jika ya, maka anda perlu setia, cuba untuk berkompromi, serta beri komitmen yang tinggi dalam hubungan tersebut. Masing-masing tidak boleh cuba untuk mengambil kesempatan dalam jarak yang anda dan pasangan sendiri telah persetujui.


3. Fahami pasangan.

Jika anda yang menunggu kepulangan pasangan anda, maka anda perlu perlu cuba untuk memahami dirinya. Anda perlu faham punca dan sebab terciptanya jarak antara kalian. Jangan mengganggunya dengan perkara-perkara yang remeh sehingga membuatkan pasangan anda berasa tidak selesa dengan anda.

Jika anda yang pergi demi sesuatu perkara, maka anda harus faham mengapa pasangan anda kurang mempercayai anda. cuba lakukan sesuatu perkara agar pasangan anda dapat mempercayai anda. Jangan sia-siakan kepercayaannya dengan telah dirinya berikan kepada anda.

Untuk meminimumkan konflik dalam hubungan jarak jauh ini memerlukan usaha sama dari kedua-duanya. Ia tidak akan berlaku sekiranya hanya seorang sahaja yang berusaha. Manakala yang lagi seorang mengabikannya. Tetapi jangan ingat hubungan jarak jauh ini jarang berhasil, ia mampu berhasil mendapatkan kebahagiaan sekiranya masing-masing tahu akan peranan yang tersendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen