Cara Untuk Mendapatkan Kembali Kepercayaan Daripada Insan Yang Pernah Terluka.

Insan yang pernah terluka kerana sejarah hitamnya. Sejarah yang telah mengajar mereka untuk tidak mudah menerima cinta daripada orang lain. Sejarah yang telah mengajar mereka untuk tidak mudah mendekati dengan orang mahu memberikan mereka cinta.



Jadi, bagaimana anda mahu bercinta dengan insan sebegini dan membina kepercayaan yang baru terhadap mereka?

1. Jangan sesekali membuat mereka berasa curiga.

Sekali anda membuat mereka berasa curiga dan cemburu, sudah tentu tiada peluang kedua yang akan diberikan oleh mereka. Jadi, elakkan bersembunyi dengan mereka, dan beritahu tentang perkara sebenar. Insan yang pernah dikhianati sesungguhnya hanya mahu mengetahui kebenaran sahaja bukannya kepalsuan.

2. Jangan membuat mereka berasa sengsara.

Jangan sesekali membuat mereka berasa sengsara dan derita. Perkara ini akan membuatkan mereka akan terfikir kembali sejarah hitam yang pernah mereka alami. Jika bersama dengan anda juga akan membuatkan mereka sengsara, sudah tentu dengan mudah mereka akan alami kemurungan dan tidak bahagia.



3. Jangan sering memberi alasan.

Jangan terfikir untuk memberi alasan setelah anda membuat kesalahan seperti “Saya buat benda ni sebab awak tak pernah berikan perhatian pada saya”. Jadi, elakkan daripada mengungkapkan kata-kata sebegini. Jangan cuba menegakkan benang yang basah dan membuat mereka terkilan.

4. Jangan libatkan orang lain.

Jika anda membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang dengan si dia, insan yang pernah terluka ini, tolong jangan melibatkan pihak lain jika berlaku pergaduhan antara kalian berdua. Perbaikilah masalah hanya di antara anda berdua sahaja, atau pergi sahaja berjumpa dengan kaunselor keluarga.



5. Jangan mengharapkan kemaafan yang segera.

Insan yang terluka dan dikhianati pasti sukar untuk mengungkapkan kata-kata maaf, ini kerana perasaan mereka sudah bercampur baur dengan ego yang sangat tinggi. Mereka berasa lebih selamat jika mempunyai ego yang tinggi dan tidak kisah jika tidak mengungkapkan kata maaf kerana tidak mahu hati mereka terluka lagi.

Pada permulaan pasti sukar untuk menunggu kata maaf daripada mereka, jadi anda lah yang perlu menjadi orang pertama untuk mempercayai mereka terdahulu. Hargai, hormat dan tahu keperluan mereka, pasti mereka akan cuba mempercayai anda juga.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen