Adakah Masih Wujud Cinta Halal Sebelum Bernikah?

Lumrah manusia yang inginkan kebahagiaan , tiada siapa yang dapat menafikan. Dan tiada siapa yang dapat menyangkal perasaan cinta ini kerana ia adalah pemberian daripada Allah SWT. Bercinta sebelum bernikah ini terlalu banyak risiko yang perlu ditanggung. Dan ta’aruf yang terlalu lama sebelum bernikah akan membuka fitnah dan aib pada orang yang memerhatikan.

Sebagai muslim, istiqomah dalam setiap apa yang dilakukan pastinya sukar kerana terdapat banyak perkara yang bakal menjadi halangan. Sudah pasti dalam hati sudah pasang niat untuk memiliki pasangan, tetapi mahu bataskan pergaulan kerana mahukan cinta yang halal.



Cinta itu sendiri tidak berdosa, namun pelaku itu sendiri yang telah mencemarkan perkataan cinta itu hanya kerana nafsu yang senipis kulit bawang. Ia menjadi dosa sekiranya teringatkan kekasih dan membayangkan dengan perasaan syahwat yang sudah tentu membawa ke arah negatif dan tidak sihat.

CINTA TIDAK MENJADI DOSA SEKIRANYA HADKAN PERTEMUAN.

Apabila meletakkan cinta pada Ilahi dan keluarga pada tempat yang tinggi, pasti tidak kisah sekiranya pertemuan itu mempunyai had. Siapa sahaja tidak gembira apabila berjumpa dengan kekasih hati, berdua-duaan untuk menyemai rasa kasih sayang.



Namun jika ia dilakukan dengan pertemuan ibu bapa atau sahabat pasti lebih molek. Jika sering keluar berdua-duaan, khuatir akan mendekati zina. Oleh itu, hadkanlah waktu pertemuan dengan si dia. Biarlah perasaan cinta itu disemai dari jarak jauh asalkan tidak membawa kepada dosa.

CINTA TIDAK MENJADI DOSA JIKA TIDAK MELAMPAUI BATAS.

Perasaan cinta pada zaman sekarang amat mudah untuk diluahkan kerana setiap orang memilki telefon bimbit untuk berkomunikasi walaupun berjauhan. Pada mereka yang bercinta sebelum bernikah, dan duduk berjauhan pasti melalui telefon bimbit sahajalah anda berdua boleh melepaskan kerinduan.



Namun sedemikian, walaupun boleh berhubung melalui aplikasi whatsapp atau apa sahaja, ia perlulah berpada-pada. Usahlah melampaui batas dengan bermesej yang bukan-bukan menyatakan rindu-rinduan sehingga menaikkan syahwat.

Hal seperti ini jika dilakukan sekalipun tiada sesiapa yang tahu. Ini kerana telefon bimbit merupakan milik peribadi. Justeru segala dosa yang anda lakukan itu terlindung daripada pengetahuan sesiapa pun. Elakkanlah hal ini daripada berlaku kerana walaupun tiada sesiapa yang tahu perbuatan anda itu, Allah telah tahu kerana Dia Maha Mengetahui.

Jika mahukan pasangan yang baik, didiklah diri sendiri untuk memperbaiki sikap dahulu. Jika si dia merasakan anda berubah ke arah kebaikan, pasti si dia secara automatik akan menjadi segan dan cuba untuk berubah ke arah kebaikan juga.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen