Lelaki jalan dengan perempuan pendek nampak sweet. Macam abang dengan adik.

Setiap individu mempunyai citarasa tersendiri, tetapi menurut kajian majoriti lelaki akan memilih wanita yang lebih pendek daripada mereka, kerana sebab-sebab tertentu. Sebelum ini anda boleh mengetahui mengapa wanita tinggi menjadi pilihan, jadi kali ini jom kita ketahui mengapa wanita pendek menjadi pilihan para lelaki.

1. Wanita pendek akan membuatkan lelaki kelihatan lebih tinggi.

Lelaki yang memiliki ketinggian yang agak sederhana akan memilih wanita lebih pendek kerana ini akan menampakkan mereka lebih tinggi. Di dalam gambar, mereka akan kelihatan sempurna di samping wanita pendek. Malah mereka merasakan amat yakin apabila berdiri bersebelahan dengan wanita yang lebih pendek.



2. Wanita pendek mudah di peluk.

Untung jika si isteri lebih pendek, kerana lelaki yang lebih tinggi dan memiliki lengan yang panjang, akan memeluk bahu si isteri dengan satu lengan sahaja. Manakala mereka mampu untuk membuat hal lain dengan tangan kanan seperti bermain telefon bimbit atau menjamah makanan kegemaran.

3. Wanita pendek sentiasa memerlukan lelaki tinggi.

Lelaki akan rasa di hargai apabila wanita kesayangan sentiasa memerlukan mereka untuk melakukan sesuatu yang tidak mampu si wanita itu lakukan. Contoh untuk mengambil barang di tempat yang tinggi.

Jika di shopping mall si wanita tidak perlu berasa malu untuk menjengketkan kaki, tetapi hanya memerlukan pasangan yang tinggi sahaja.



4. Wanita pendek adalah comel.

Bagi lelaki, segala perilaku yang dilakukan oleh wanita pendek adalah sangat comel. Berjalan dengan kaki yang pendek, sukar untuk menggapai barang di tempat tinggi atau cuba melaraskan tempat duduk pemandu kereta.

5. Wanita pendek agak fleksibel.

Wanita pendek sering di pandang rendah oleh orang ramai. Tetapi dengan badan mereka yang pendek dan kecil, mereka mampu bergerak ke mana sahaja dengan pantas dan mudah untuk menyorokkan diri. Mereka juga mudah untuk menyelitkan badan di tempat orang ramai. Ia adalah satu kelebihan bagi wanita pendek.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen