Tanda-Tanda Teman Wanita Anda Masih Tidak Matang.

Untuk mengetahui teman wanita anda bersikap kebudak-budakan atau tidak matang, jom ketahui tanda-tanda berikut…

1. Hidup mereka terlalu ‘complicated’.

Mereka sering merungut betapa rumitnya kehidupan apabila terpaksa bekerja daripada pagi hingga ke malam, kemudian tiada masa untuk rehat, dan merungut kerana terdapat bill untuk diselesaikan.



2. Tidak pandai membuat keputusan.

Mereka tidak tetap pendirian, setiap keputusan yang dilakukan semuanya tidak tetap. Sekejap yang itu, sekejap yang ini. Sesiapa sahaja yang menjadi teman lelaki mereka, pasti amat memeningkan.

3. ‘Nak beli handbag ke, tapi duit belanja tak cukup nak makan’

Akhirnya mereka sanggup membeli handbag malah barangan kosmetik, dan tolak ketepi jika terdapat sewa rumah untuk dibayar. Malah duit untuk makan harian juga tidak cukup.

4. Takut jika kehilangan.

Sama ada terlalu manja, mengada-ngada atau hanya berlakon takut kehilangan. Teman wanita sering menyatakan mereka sering takut kehilangan anda, lalu membuatkan mereka menjadi tertekan jika pergi terlalu jauh.



5. Sering berbual tentang bekas kekasih.

Teman wanita anda seperti tiada isu lain untuk dibualkan. Mereka sentiasa menceritakan bagaimana mereka putus, apa yang menyebabkan mereka putus, dan semua ex-girlfriend bekas kekasihnya.

6. Sering menyatakan sesuatu yang tidak masuk akal.

Teman wanita anda seperti tidak mahu mengambil tahu tentang sesuatu yang serius. Perbualan antara anda dengan si dia adalah “Kenapa burung suka duduk atas badan lembu?”, “Kenapa kereta ada 4 tayar”. Pada awal perkenalan, mungkin ia nampak comel seperti keanak-anakan, tetapi pasti lama-kelamaan akan bosan.

7. Si dia mahukan anda berada di mana sahaja dia berada, tetapi jika anda terlambat, teman wanita anda dengan pantas menghubungi teman lain untuk menemani mereka.



8. Teman wanita anda tidak dapat menerima jika anda mempunyai rakan perempuan yang lebih ramai.

Tetapi jika mereka mempunyai rakan lelaki yang ramai, alasannya “Alaaa,,,kitorang kawan je kan, jangan lah jeles”

9. Mengambil selfie yang terlalu banyak, dan post kesemua gambar tersebut di sosial media, mengharapkan ‘like’ dan kata-kata pujian.

10. Masih lagi berpakaian tidak mengikut tempat yang sesuai seperti bermekap tebal dan memakai kasut yang tinggi ke gerai makan. Mereka mahu kelihatan cantik, tetapi bagi anda ia tidak bersesuaian.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen