Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Sedang Berusaha Untuk Hubungan Ke Jinjang Pelamin.

Mempunyai teman lelaki yang sering meluahkan kata-kata manis pasti menjadi idaman setiap wanita. Tetapi sejauh manakah keikhlasan seseorang lelaki tersebut dengan kata-kata manis mereka? Jom perhatikan usaha mereka…

1. Dia berusaha untuk merancang temu janji.

Kebiasaannya lelaki hanya menurut kata-kata teman wanita untuk bertemu janji seperti tempat untuk bertemu, restoran malah pakaian yang bersesuaian. Tetapi teman lelaki anda memberi idea dan kadang-kala membawa tempat yang berlainan.

2. Dia berusaha untuk membalas mesej anda.

Si dia tidak lokek untuk berkongsi di mana sahaja dia berada, dan apa yang mereka lakukan. Ini kerana mereka tidak mahu anda berasa ragu-ragu.



3. Dia sentiasa berusaha dan tidak lupa untuk mengorat anda.

Bagi mereka bukan sahaja pada awal perkenalan untuk berusaha mengorat mendapatkan diri anda, malah setiap hari mereka berusaha membuat anda tersenyum tersipu-sipu.

4. Dia berusaha menyimpan duit untuk masa hadapan.

Jika si dia benar untuk menamatkan zaman bujang dan hidup bersama anda, pasti si dia akan berusaha untuk menyimpan duit perkahwinan. Malah berkira-kira untuk mencari rumah sendiri untuk anda berdua bakal duduk.

5. Dia berusaha membuatkan diri anda menjadi keutamaan dalam hidupnya.

Apa sahaja yang si dia lakukan, pasti anda adalah salah seorang yang perlu tahu aktiviti dan urusan mereka.



6. Dia berusaha untuk meluangkan masa dengan ahli keluarga anda.

Anda pasti nampak sahaja usaha si dia untuk mendekati ahli keluarga anda, terutama ibu bapa. Si dia akan melayan ibu bapa anda dengan rasa hormat seperti diri anda menyayangi mereka.

7. Dia berusaha untuk bertoleransi.

Apabila anda berdua sedang di dalam perbincangan dan tidak bersetuju tentang perkara tersebut, si dia berusaha untuk mencari solusi. Si dia tidak akan meletakkan kesalahan ke atas anda secara total.

8. Dia berusaha untuk kelihatan kemas di hadapan anda.

Si dia bijak mengenakan pakaian di tempat yang bersesuaian. Tidaklah terlalu formal, tetapi kemas dan orang lain yang memandang.



9. Dia berusaha untuk memastikan dirinya sentiasa sihat.

Jika si dia benar-benar cintakan anda, sudah pasti si dia tidak akan mementingkan diri sendiri. Si dia mahu dirinya sentiasa sihat supaya dapat berdampingan dengan anda, tanpa ada jangkitan.

10. Dia berusaha membuatkan diri anda gembira.

Jika teman lelaki anda berusaha membuatkan anda gembira tertawa dan bahagia, jangan lah lepaskan mereka. Kerana bagi mereka senyuman anda adalah perkara yang terindah dalam hidup mereka.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen