Mengapa Kita Sering Kali Takut Untuk Luahkan Perasaan Cinta?

Oleh: Zuzu Yasmine

Menyatakan perasaan sendiri kepada orang yang disukai adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Tidak kiralah sama ada si dia sudah mengetahui ataupun tidak, ia tetap menjadi perkara yang sukar bukan. Meskipun telah menyusun kata-kata difikiran, ia tetap menjadi perkara yang sukar untuk diluahkan. Berikut adalah sebab mengapa anda sukar luahkan rasa cinta.



1. Perasaan malu.

Sebab utama orang takut untuk menyatakan cinta adalah kerana rasa malu yang dirasainya. Cuba untuk meluahkan kata-kata dalam mesej juga sudah rasa malu bagaimana untuk meluahkan secara berdepan. Ramai yang akan kalah dengan perasaan malu mereka sendiri.

2. Takut ditolak.

Terdapat juga ketakutan untuk meluahkan perasaan hanya keran tidak mampu hadapi kenyataan sekiranya dirinya tolak. Sebab itu ramai yang memilih untuk tidak menyatakan perasaan tersebut bukan. Lebih baik terus simpan perasaan tersebut berbanding merasai kelukaan.

3. Kerana anda seorang wanita.

Bagi anda lelaki sahaja yang berhak memulakan langkah dahulu bagi mengelakkan diri anda digelar pergi mencari timba kan? Bukan itu sahaja, wanita juga biasanya mempunyai perasaan malu yang lebih berbanding lelaki. Sebab itu mereka selalu membiarkan lelaki mengambil langkah terdahulu.


4. Usia yang jauh beza dengan diri anda.

Pasti rasa hormat akan lebih banyak berlaku apabila seseorang yang kita sukai itu mempunyai jurang usia yang jauh dari kita. Terutama jika dia mempunyai banyak pengalaman dalam hidupnya. Tetapi tidak salah untuk mencuba bukan?

5. Kurang keyakinan.

Untuk menyatakan rasa hati ini, ia memerlukan keyakinan yang tinggi maka dengan itu, tidak semua orang mampu lakukannya. Apabila anda berjaya meluahkan perasaan anda, anda adalah seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi.

Jangan bimbang jika anda tidak mampu menyatakan perasaan sayang anda kepada dirinya. Hal ini kerana, kadang kala perasaan kita itu lebih baik untuk disimpan bukan untuk diluahkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen