Bekas Kekasih Masih Belum Move On Terhadap Anda? 5 Tanda Dia Masih Sayangkan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila hubungan anda dan dia berakhir, tidak bererti segalanya pun ikut berakhir. Termasuk rasa sayang dan cinta yang selama ini telah bersemayam di hatinya. Sementara anda masih mengharapkan dia kembali dirinya tidak pernah kisah akan anda. Tetapi apabila anda mula mengambil langkah untuk move on dahulu, si dia pula kelihatan mengejar anda kembali. Jom ketahuinya.



1. Masih mengawasi anda tanpa pengetahuan anda.

Walaupun anda tidak mengendahkan dirinya, mungkin dirinya masih lagi mengambil tahu akan anda dalam senyap. Dia kerap menghubungi rakan-rakan anda untuk mengetahui keberadaan anda. Bukan itu sahaja, dia kerap melihat laman media sosial anda agar tahu perkembangan terbaru anda.

2. Masih lagi tidak mempunyai pengganti.

Jika dirinya tidak menunggu anda pasti dia sudah mencari pengganti bukan. Tetapi dirinya masih lagi bersendirian. Tidak ada sesiapa yang menggantikan tempat anda di sisinya. Adakah mungkin dia mengharapkan anda kembali kepadanya.

3. Bercakap mengenai anda dengan rakan-rakannya.

Walaupun telah lama berlalu pengakhiran hubungan anda. Nama anda masih lagi lekat di bibirnya. Dia masih lagi menyatakan perasaannya kepada rakan-rakannya. Bukan itu sahaja, dia juga kerap menceritakan kenangannya bersama dengan anda.


4. Masih risau akan keadaan anda.

Dia tidak akan menunjukkannya akan kerisauan mereka itu. Tetapi apabila anda menghadapi masalah, dia adalah orang yang pertama yang akan hulurkan bantuan kepada anda. Dia juga tanpa rasa segan silu bertanya khabar anda semula.

5. Sanggup mencari anda walaupun anda telah berpindah.

Siapa sangka tindakannya akan seperti ini bukan. Dirinya benar-benar ingin tahu akan keberadaan anda. Maka dengan itu, dia mula mencari anda dan mengekori anda sama anda di tempat kerja mahupun tempat belajar anda.

Jika anda lima tanda ini dari dirinya, ia mungkin masih mengharapkan anda untuk kembali bersamanya. Sama ada mahu kembali bersama atau tidak, ia bergantung pada usaha anda berdua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen