Dilemma Dipinang Oleh Dua Lelaki, Lihat 5 Aspek Penting Ini Pada Si Dia Sebelum Menerima.

Persepsi masyarakat melayu terhadap perkahwinan yang melibatkan wanita adalah “Perkahwinan itu adalah satu perjudian” kerana jika tersalah memilih bakal suami, pasti teruk kesannya kelak. Dugaan perkahwinan bukan mudah dan sangat mencabar, dan sudah tentu ia mengenai dengan kehidupan masa hadapan.



Oleh itu, untuk menerima pinangan daripada seorang lelaki, seorang wanita harus melihat 5 aspek berikut…

1. Pegangan Agama.

Tekankan 3 aspek ini juga pada bakal suami anda, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan (harta). Adakah 3 aspek ini si dia lakukan berlandaskan agama Islam? Selagi ia tidak melanggar syarak Islam, selagi itu anda boleh mempertimbangkan si dia sebagai bakal suami.

Pastikan si dia tidak menggoda dengan muka kacak untuk meniduri wanita lain, pastikan ahli keluarganya juga mengambil berat tentang solat dan rukun islam yang lain, dan juga pastikan kerjayanya adalah HALAL.



2. Kerjaya dan kewangan.

Jika si dia tiada pekerjaan tetap, lihat pula cara dia memperoleh pendapatan setiap bulan. Bukan mata duitan. Namun hal ini penting kerana suamilah yang bakal memberikan nafkah kepada anda dan juga memberi makan kepada bakal anak-anak. Jika si dia tiada pendapat tetap dan tiada pula kerja yang dilakukan untuk menampung hidupnya, anda harus memikirkan masa depan juga.

Jika anda sendiri yang redha dan rela menyara si dia, terpulang pada individu.

3. Kesihatan.

Kesihatan juga penting kerana si dia yang bakal memberi zuriat pada anda kelak. Lihat keturunan dan juga si dia, adakah seorang perokok tegar? Kenapa dengan merokok? Kerana sikap merokok masih boleh diubah dan dicegah, ini untuk memastikan melahirkan anak yang sihat malah mempunyai keluarga yang tidak berpenyakit.



4. Hubungan dengan keluarga.

Mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni selalunya kehidupannya lebih bahagia. Berbanding dengan mereka yang hubungan kekeluargaannya huru-hara. Asyik bergaduh dengan adik-beradik. Asyik perang dingin dengan ipar duai. Pilihlah si dia yang berasal daripada keluarga yang aman damai hubungannya.

5. Mempunyai matlamat.

Seorang lelaki yang matang dan rasional pasti memiliki matlamat atau wawasan pada masa hadapan. Mereka tidak akan membiarkan hidup mereka dengan pasangan terkapai-kapai tanpa perancangan. Seperti selepas berkahwin duduk dimana, bagaimana cara meningkatkan ekonomi rumahtangga, perancangan berapa orang anak yang mahu dimiliki, persiapan pembelian insurans untuk keluarga dan lain-lain hal yang penting dalam kehidupan rumahtangga. Sekurang-kurangnya dia berfikir ke arah itu dan bukannya buat tidak tahu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen