Tips Untuk Berjimat Cermat Setelah Berkahwin.

Memiliki sikap atau tabiat boros pasti sukar dibendung. Oleh kerana itu anda perlu mendidik tabiat boros ini sejak daripada sebelum perkahwinan supaya dapat dikawal selepas itu. Sebahagian daripada kita pasti mempunyai perasaan yang sangat teruja sebelum gaji untuk berjimat cermat, tetapi apabla melihat barangan yang diidamkan pasti akan berlaku pemborosan juga.



Mengawal kewangan ketika anda masih solo atau hidup bujang dan setelah berkahwin sangat berbeza. Setelah berkahwin, perubahan kedudukan kewangan anda perlu difikirkan. Masalah wang merupakan perkara yang cukup emosional, dah salah satu punca utama penceraian atau retaknya mahligai yang terbina.

Tanamkan azam dan ikuti tips mudah ini…

1. Mulakan menabung.

Jangan lah menganggap menabung setelah berkahwin seperti sudah terlambat untuk menabung. JANGAN! Jika anda tidak memulakan budaya menabung ini, sehingga kesudah anda tiada simpanan. Jadi kurangkan pengeluaran dan menabunglah dengan lebih banyak!



Anda mungkin telah menghabiskan semua wang tabung atau simpanan anda untuk majlis perkahwinan tersebut. Inilah saatnya untuk anda bangun kembali untuk menyimpannya. Bukan bermakna anda harus mengikat perut berhabis-habisan semata-mata untuk membuktikan anda telah berjimat cermat.

Anda perlu mengubah cara berfikir, berjimat cermat bukan hanya untuk pengeluaran wang yang besar sahaja, sebaliknya perkara kecil juga tetap berpengaruhi.Sebagai langkah awal, kumpulkan paling kurang sisihkan enam kali pengeluaran bulanan untuk menyimpan sebagai dana darurat.

Selain tu, mulakan mengatur cara berjimat cermat yang terbaik untuk perbelanjaan keluarga. Utamakan pembelian dan buatlah senarai perbelanjaan termasuk belanja dapur, rumah, kenderaan dan sebagainya.



2. Saling berkongsi pendapatan.

Setelah berkahwin, anda dan pasangan harus lebih bertolak ansur. Pastikan wang yang ada, adalah milik anda berdua. Elok juga jika anda membuka akaun simpanan bersama bagi tujuan kewangan bersama.

3. Bebas daripada bebanan hutang.

Hidup bebas daripada hutang adalah salah satu cara untuk mempunyai hidup yang stabil. Jika pasangan anda belum tahu tentang kedudukan kewangan atau hutang piutang anda, perkara tersebut hendaklah dibincangkan. Melalui perbincangan tersebut anda boleh memutuskan bagaiman anda berdua akan menyelesaikan pinjaman tersebut.



4. Bersama mencari punca utama ke mana wang yang telah habis dibelanjakan.

Hindari memiliki kad kredit lebih daripada yang anda perlukan. Seperti zaman bujang, anda berdua tentu telah menikmati dan menghabiskan wang selama bertahun-tahun tanpa meminta pendapat daripada sesiapa pun.

Tetapi setelah berkahwin, anda dan pasangan perlu saling berbincang dan menangani setiap kelemahan terutama dalam pengurusan kewangan. Apakah salah seorang daripada anda pemboros orangnya? Atau, pasangan anda lebih berjimat cermat berbanding anda? Jadi, carilah cara untuk menangani perbezaan tersebut bagi mencapai suatu tujuan bersama.



 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen