Anda Selalu Minta Diberitahu Keberadaan Pasangan, Terlalu Sayang Atau Insecure?

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata pasangan yang menjalinkan hubungan cinta ini sudah pasti akan terlalu risau dengan perbuatan pasangan mereka. Oleh itu, mereka pasti akan mengambil langkah untuk menghubungi pasangannya berkali-kali serta bertanya apa yang sedang pasangan mereka lakukan. Biasanya pasangan yang merasa tidak selamat dan tidak mempercayai pasangan adalah mereka yang mengalami insecure. Jadi anda seorang yang terlalu sayang akan pasangan atau seorang yang insecure? Jika anda seorang insecure terhadap hubungan anda, mari lakukan perkara ini untuk mengurangkan perasaan itu.



1. Beri tumpuan kepada kebaikan diri.

Biasanya mereka yang terlalu risau dan insecure tinggi ini adalah mereka yang terlalu berfikiran negatif. Maka anda harus ingat bahawa anda mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam diri anda. Bukan hanya anda tetapi pasangan anda juga begitu. Maka cuba berfikiran positif untuk diri anda serta orang disekeliling anda.

2. Membina keyakinan dalam diri.

Orang yang cenderung mempunyai rasa tidak selamat akan sesuatu perkara adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang rendah. Bukan itu sahaja, mereka ini juga seorang yang bergantung sepenuhnya kebahagiaan kepada pasangan mereka. Maka pasangan mereka akan mudah merasa rimas dan bosan. Jika anda memiliki keyakinan diri yang tinggi ia akan membuat seorang lelaki lebih mudah untuk mendekati anda.

3. Jangan bergantung harapa pada pasangan anda.

Jika anda hidup lebih mendiri serta berdikari dalam hidup anda, ia akan membuat pasangan anda lebih merasa selesa dengan anda. Jangan terlalu melekat dengan pasangan anda, dan jangan terlalu renggang. Cuba lakukan aktiviti yang berfaedah bersama rakan-rakan anda serta mempunyai tujuan hidup yang jelas.


4. Percaya pada diri sendiri.

Rasa selamat dalam hubungan kadang kala bergantung bagaimana kita mempercayai orang lain. Namun, lebih penting bagaimana anda mempercayai diri anda sendiri. Apabila hubungan berakhir dengan perpisahan, seseorang akan lebih mudah patah hati dan kecewa dan melampau. Tapi sekiranya anda percaya pada diri anda, maka anda akan lebih mudah bangkit serta mampu mengharungi pelbagai jenis hubungan bersama pasangan anda.

Bertindak seolah-olah anda terlalu sayangkan pasangan anda tetapi anda sebenarnya insecure adalah satu hal yang perlu dielakkan. Hal ini kerana pasangan anda akan mula rasa rimas dan terkongkong hanya kerana perbuatan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen